Sunday, 14 June 2015

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.


Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?
Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya ialah: 


2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!

Bawah ni jadual pengambilan air sehari mengikut berat.. Harus diingat, bagi sesetengah penyakit, kuantiti air ang perlu diminum adalah tidak sama dengan orang yang sihat.




Friday, 5 June 2015

Kesan Kekurangan Vitamin C

Gejala tubuh ketika kekurangan Vitamin C

Berbagai gejala akan menunjukkan jika individu menderita kekurangan vitamin C. Berikut ini adalah beberapa tanda jika tubuh sedang kekurangan vitamin C:
Kelelahan atau mudah capek

Gejala awal seseorang yang kekurangan vitamin C adalah cenderung mudah letih dan mengalami penurunan tenaga. Tetapi keletihan yang kronik boleh jadi akibat dan faktor dari banyak penyakit lain, jadi sukar untuk memastikan jika keadaan tertentu adalah kerana gejala kekurangan vitamin C.

Perubahan suasana hati

Individu dengan kekurangan vitamin C boleh  menjadi mudah marah atau mengalami penurunan suasana hati dengan cepat.

Penurunan berat badan mendadak

Seseorang yang sedang kekurangan vitamin C mungkin saja akan mengalami penurunan berat badan secara mendadak.

Nyeri otot

Nyeri kronis pada persendian bisa menjadi gejala dari kekurangan vitamin C.

Mudah memar

Individu dengan kekurangan vitamin C akan cenderung lebih mudah memar. Memar berlebihan adalah tanda bahwa tanda kimia dalam tubuh perlu untuk meningkatkan vitamin C.

Kondisi Gigi dan Gusi

Dos harian vitamin C yang sihat akan berkontribusi bagi kesihatan gigi dan gusi, dan jika kekurangan dapat menyebabkan kerosakan pada gusi. Masalah periodontal adalah gejala dari kekurangan vitamin C yang dibiarkan berkembang sampai ke tingkat yang berbahaya. Dalam kehidupan sekarang ini, keadaani seperti itu sudah jarang terjadi.

Rambut dan Kulit kering

Perubahan pada kondisi rambut dan kulit juga bisa menandakan bahwa tubuh tidak mendapatkan cukup vitamin C serta vitamin dan mineral penting lainnya.

Mudah Infeksi

Ketika seseorang sedang tidak mendapat cukup vitamin C yang cukup lama, maka juga dapat berdampak negatif pada penyembuhan luka karena akan mudah terkena infeksi. Kekurangan vitamin C pada umumnya, sistem kekebalan tubuh akan terganggu.

Cara mengatasi kekurangan vitamin C

Kekurangan vitamin C dapat diatasi dengan suplemen vitamin. Namun sangat penting untuk mencari bantuan pengubatan kepada ahli medik profesional.
Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi