Kebaikan Ostematrix Shaklee
Hari ni nak kongsi dengan anda semua tentang salah satu produk favourite. Produk ni saya mula consume waktu dapat tahu tulang punggung retak sebab pernah jatuh 7 tahun lps..doktor kata old injury so dh tak boleh nk buat apa, just boleh pantau je. Dan produk ni juga merupakan salah satu sebab saya jatuh cinta dengan produk Shaklee...nak tahu apa dia? Ya, Ostematrix! Ostematrix ni dengan bahasa mudah merupakan pil kalsium Shaklee.
Tahukah anda yang kalsium merupakan salah satu komponen penting untuk tulang dan gigi kita? Saya ada buat satu entry berkaitan kepentingan kalsium di sini. Silalah baca yer :)
Ostematrix membekalkan:
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.
Siapa yang perlukan Ostematrix?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu
- Orang yang tak suka / tak minum susu
- Orang tua
- Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.
Apa bezanya Ostematrix Shaklee dengan supplement kalsium lain di pasaran?
Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.**
Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.
Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.
Pengambilan hanya 3 tablet Ostematrix (sebelum tidur bersama makanan) sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.
***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.
Bagi yang tak suka atau tak boleh minum susu, saya memang sarankan ambil Ostematrix ni. Sepanjang amalkan Ostematrix ni, apa yang saya dapat rasa perbezaannya ialah tempat yang selalu sakit tu rasa makin kurang sakit, badan terasa lebih ringan, kaki dah kurang cramp, pinggang dan gigi dah jarang2 sakit, yang paling best, senang nak membuang! Hehehe...
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat
- Semulajadi
- Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!
stomacFvie_pi-1990 Jenna Tobin Here
ReplyDeletesumreumidders