Saturday, 30 May 2015

Kelebihan B Complex Shaklee

Shaklee B-complex

Para Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hamper 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


Kelebihan atau kekurangan salah satu daripadanya akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin-B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Jadi, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.




Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?


Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee. Antaranya;
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?


Ibu yang menyusukan (Rujuk: Set breastfeeding Shaklee)
Ibu yang hamil (Rujuk: Set Kehamilan Shaklee)
Ibu yang sedang berpantang (Rujuk: Set Berpantang Shaklee)
Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat (Rujuk: Set Kecantikan Kulit Shaklee)
Mereka yang ingin mendapatkan anak (Rujuk: Set Kesuburan Shaklee)
Mereka yang mengalami masalah migrain (Rujuk: Set Migrain Shaklee)
Mereka yang mengalami alahan/eczema (Rujuk: Set Alahan)
Mereka yang mengalami masalah rambut (Rujuk: Set Rambut Shaklee)
Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol (Rujuk: Set Kolestrol Shaklee)



BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)



Perbezaan Shaklee - Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

B-complex Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Kandungan Nutrisi B-complex Shaklee



MENGAPA URINE MENJADI KEKUNINGAN?

Ini merupakan situasi yang normal kerana B-Complex merupkan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.


credit: salwasaleh.com

Wednesday, 27 May 2015

Meal Shake Shaklee

Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
  • Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Kebaikan Meal Shake.

Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal Menambah selera makan anak 
Anak tak mudah kerap jatuh sakit 
Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa 
Mengatasi masalah sembelit kanak- Sebagai cara untuk menambah berat badan anak 
Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat 
Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti 
Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

YES - Langkah Menuju Hidup Sihat

YES : Young Entrepreneur System.


Pasti ada yang ingat YES ni Year End Sale kan? YES yang ini bukan year end tetapi bermula Mei 2015 sehingga Oktober 2015.

Di mana sistem ni di cipta untuk bagi peluang pada anak muda yang baru grad untuk jana pendapatan. @ bagi yang dah bekerja tapi tak puas hati dengan kerja. So boleh fokus jana pendapatan dengan shaklee.. Selain tu bagi pelajar yang hampir tamat pengajian juga boleh cuba mula untuk membina kerjaya sendiri. Kelebihan program YES ini, sesiapa saja yang menyertai projek Shaklee ini berpeluang menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan sahaja sekiranya benar-benar FOLLOW dan DUPLICATE program YES ini.

Young tak bermaksud sistem ni hanya untuk orang muda. Siapa2 pun boleh.. Ada 5 insentif Shaklee bagi untuk program YES.


Insentif 1



Siapa2 daftar untuk bulan Mei - Okt 2015 akan dapat vitalea PERCUMA.

Syarat kena beli apa2 produk. Means tak boleh daftar RM69.90 tapi tak beli apa2 produk. Dan pembelian berapa2 je.. tak de syarat. Ni sempena ulangtahun vitalea ke 100. Best tak???????

Insentif 2
Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Contohnya melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.

Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang.

Kita daftar 6 orang ahli baru dengan 100uv min untuk seorang & dapat 100% bonus. Contoh seorang kita dapat dalam RM80, shaklee bayar bonus RM160..

Syarat kena ada 6 orang anak baru dengan 100uv sorang. Saya dah tau cara nak dapat ni. Around RM1000 jugaklah shaklee bagi kalau dapat 6 orang ni.

Insentif 3
Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.

Kalau bulan Mei naik sup,Shaklee bagi extra rm200..

Lepas tu Jun naik sen. sup, dapat RM500 sebab maintain SUP dan dapat juga RM400 sebab naik SEN SUP. Total untuk bulan jun Shaklee bagi RM900!!!!!!

Belum masuk bonus yang daftar 6 orang tadi. Belum masuk bonus biasa yang kita dapat tu.. berganda2..

Semua insentif ni valid MEI sampai OKT!! Ni lah masanya kerja keras cari duit poket. Yang penting plan betul2..


Insentif 4
4 pakej produk Shaklee paling laris di pasaran dengan harga bebas GST. Ok tengok 4 set ni!!

1. Set vivix


 2. Set kurus


3. Set hamil


4. Set pantang


Tapi set ni tak semestinya orang nak kurus je kena beli n yg nak hamil je kena beli.. ikut kesesuaian siapa yg perlu..


Contoh YES WELLNESS PACK untuk vivix:

Vivix 1 RM380 kan? Tanpa GST. Beli 2 RM760 Sepatutnya. Tapi beli 2 RM722 sebab dapat 5% diskaun.

*GST add on kemudian

So bila beli 2 dan dapat diskaun 5%, Shaklee tak kurangkan uv. So 2 vivix tu jadi 250uv!! Selalunya kurang uv bila ada diskaun. Tapi sebab YES WELLNESS PACK, uv tidak dikurangkan. So siapa yg nak uv murah sebelum ni? Jom kita beli bulan MEI ni.. hihi. Kalau yang bukan ahli pula beli set vivix ni, automatik dapat keahlian secara percuma dan ditambah lagi dengan VITALEA PERCUMA
Beli 2 vivix trus FREE postage.. kalau saya yg poskan x dapatlah FREE..hehe

Dulu harga vivix ni tanpa GST RM380. Sekarang lepas dia buat YES PACK ni jadi RM382.66


Insentif 5
Insentif no. 5 hanya untuk ahli baru dari MEI sampai OKT sahaja. Best siapa yang baru daftar n join program baru ni.

Dan siapa yang baru daftar n follow step ni dapat bonus RM10,000!!! N trophy!!
YES PACK beli 2 vivix dapat 250uv..

3000÷250 = 12 set

Nah!! Dah naik supervisor!!
2 botol vivix biasa RM805.60

Kalau YES PACK dapat 5% diskaun!!

Bayar RM766 je
Jimat RM39.60.. nak dekat RM40

Dapat lagi cash back RM36.10. Boleh sangat naik supervisor n buat duit..Memang tak mustahil kalau baru join je terus naik Supervisor.

Jelas tak kesemua insentif tu? Kalau tak jelas, boleh pm atau ajukan soalan ke adamwafiqayra@gmail.com

Nak join Shaklee ni tak susah sebenarnya. Hanya perlu guna produk, rasai kelebihan dan kebaikan produk. Kemudian, bila kita dah mula falling in love dengan produk, bolehlah keep on sharing segala kebaikannya..Yer la.. nak sihat, sihat la secara beramai-ramai kannn. Nak cantik pon, biar la semua cantik. Kemudian, baru lah bina team yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama dalam kebebasan kewangan dan masa.



Berminat nak join program YES? Boleh pm saya untuk info lanjut.



JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!


Wednesday, 20 May 2015

Konsep Menurunkan Berat Badan

Fahami konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee

Konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee adalah Detox dan Buang, Bakar serta Bina. Proses detox sangat penting untuk menyingkirkan segala toksin yang terdapat di dalam badan. Toksin ini boleh menjadi penghalang penyerapan vitamin dengan baik ke dalam badan. Manakala proses buang pula bertindak untuk ‘mencuci’ perut dan usus dari sisa bahan-bahan kumuh yang tidak disingkirkan sepenuhnya semasa kita ke tandas.
‘BAKAR’ pula merujuk kepada proses pembakaran lemak melalui peningkatan metabolisme badan. Manakala ‘BINA’ pula adalah proses pembinaan dan pemeliharaan otot supaya tidak menggelebeh apabila lemak-lemak telah hilang. Pembinaan otot juga penting kerana otot dapat meningkatkan aktiviti metabolisme berbanding lemak.
Sebab itulah jangan terkejut sekiranya berat badan anda tidak menampakkan perubahan besar tetapi ukur lilit pinggang anda semakin berkurangan! Ya.. inilah dinamakan ‘inch loss’.Kenapa hal ini berlaku?
Tahukah anda, lemak memerlukan lebih banyak ruang untuk penyimpanan berbanding otot. Gambar di bawah menunjukkan perbandingan saiz lemak dan otot pada berat yang sama.
             
 Perbandingan saiz antara lemak dan otot pada pada berat yang sama
Bandingkan pula bentuk badan dan berat badan wanita di bawah ini,
             
Apakah pilihan anda? ‘Weight loss’ atau ‘inch loss’?

Periksa kembali kalori makanan yang anda ambil sehari-hari.

Penting untuk mengetahui kalori makanan yang anda ambil kerana sekiranya kalori makanan yang diambil melebihi kalori dibakar memang berat anda tidak akan menampakkan perubahan malah boleh jadi bertambah-tambah. Cuma ingat formula ringkas ini
kalori makanan
Confuse la.. Ada macam-macam jenis Set Kurus Shaklee. Yang mana satu saya patut ambil? Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
Set Kurus Shaklee terdapat beberapa jenis. Untuk pelanggan vitamin2u.net saya akan pastikan dahulu kesesuaian Set Kurus Shaklee berdasarkan keperluan anda. Jadi, saya akan pastikan anda tahu kenapa produk itu perlu diambil dan anda faham bagaimana setiap produk itu berfungsi. Konsultasi ini eksklusif untuk pelanggan-pelanggan vitamin2u.net

a) Set Kurus Bajet

Set Kurus Bajet Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad. Namun begitu ianya bukanlah kekangan untuk anda menurunkan berat badan dengan Shaklee. Terdapat 2 jenis Set Kurus Bajet yang disarankan.

Set Kurus Bajet 1 = Alfalfa dan Lecithin

Set kurus ini hanya mengandungi alfalfa dan lecithin. Kalau kita tengok point nombor 2 tadi, konsep penurunan berat badan yang dipenuhi hanyalah detox dan bakar. Bagi yang mengambil Set Kurus Bajet jenis ini, dikhuatiri otot anda akan menggelebeh setelah lemak-lemak hilang. Otot-otot baru tidak dapat dibina. Dan seperti yang saya telah terangkan tadi, otot membantu meningkatkan kadar metabolisme. Dah kurang satu kelebihan di sini. Namun begitu ada je yang berjaya turunkan berat badan dengan set bajet ini.

Set Kurus Bajet 2 = ESP dan Lecithin

Set ini hanya memenuhi konsep bakar dan bina. Proses detox dan buang tidak berlaku. Apabila detox tidak berlaku, toksin di dalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna. Toksin ini berkemungkinan menghalang penyerapan vitamin.

Set Kurus Lengkap = Alfalfa/Vitalea, Herblax/Omega, Lecithin dan ESP/Cinch Shake

Set kurus ini mengandungi kesemua produk yang bertindak memenuhi konsep penurunan berat badan cara Shaklee iaitu Detox/buang, Bakar dan Bina. Tentu sekali set kurus ini adalah yang terbaik.

Shape Up Set

Shape Up Set sama je macam set kurus Shaklee yang lain. Cuma diasarankan untuk menambah Cinch Energy Tea Mix di dalam set tersebut.

Perlukah mengambil Cinch Energy Tea Mix bersama produk lain di dalam Set Kurus Shaklee?

Pertama sekali anda perlu mengetahui apakah fungsi Cinch Energy Tea Mix di dalam Shape Up Set Shaklee. CInch Tea ini berfungsi menigkatkan metabolisme badan anda. Selain itu, Cinch Tea dapat memberikan anda tenaga semasa dalam proses penurunanan berat badan bagi mengelakkan anda cepat letih. Memang buntang la mata lepas makan CInch Tea ni. Rasa bertenaga sangat.

Jadi, set kurus yang manakah sesuai untuk anda?

Set-set di atas hanyalah set yang ditentukan secara umum. Sebelum membuat sebarang pembelian set kurus ini, saya akan mendapatkan beberapa maklumat daripada anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan set yang sesuai untuk anda. Sebab itulah, konsultasi sangat penting di sini. Anda boleh membeli set ini daripada kawan sepejabat, saudara mara atau ipar duai sekiranya anda berani mengambil risiko untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang gagal menurunkan berat badan dengan Shaklee.
                          
                          

credit: vitamin2u.net

Monday, 18 May 2015

Mengapa Cepat Penat, Letih & Mengantuk?

Faktor Badan Cepat Letih


Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut pasal badan selalu rasa letih, penat, lemah lesu. Padahal kerja dalam bilik berhawa dingin. Ada tu yang banyak duduk daripada berjalan atau berdiri. Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:
                           

1. Diet yang tidak seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.

2. Kurang minum air kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.

3. Kurang sel darah merah. Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

4. Sentiasa dehidrasi. Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.

5. Tekanan emosi. Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita. 

6. Kurang tidur. Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.




7.Tidak bersarapan. MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.

8. Terlalu banyak kafein. Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.

9. Kurang zat besi dan vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.

10. Kurang hormone Tiroid. - Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.



Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.


11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

12. Kurang tenaga.  Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan].  Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

14. Lemah jantung. Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

15. Diabetis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.



Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.



Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini. Set optimum 'energy booster' sangat membantu dalan mengembalikan tenaga bagi mengurangkan dan menghilangkan rasa letih dan lesu.

Jom tengok apa ada dalam set 'energy booster' ni.


ESP >> Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun

CINCH TEA >> Mengandungi taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

PERFORMANCE DRINK >> Membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal serta keseluruhan tubuh.

VITALEA >> Penambahan tenaga segera untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental

B-COMPLEX >> memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 


Friday, 8 May 2015

Kepentingan kalsium pada tubuh

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.
Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Tahukah anda kebaikan kalsium? JOm baca...

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kenapa Ostematrix Shaklee Menjadi Pilihan?



Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya membekalkan:


  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi (kalsium yang mudah diserap)
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya (menguatkan tulang)
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium 



Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
  • Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas : 2 kali sehari 
  • Untuk tulang retak, osteoporosis 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali

Mana nak dapatkan Ostematrix? boleh pm saya..


JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!