Faktor Badan Cepat Letih
1. Diet yang tidak
seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran
seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan
paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.
2. Kurang minum air
kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk
kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.
3. Kurang sel darah merah.
Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365
hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu
sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu
gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula,
kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan
ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas
adalah simptom-simptom anemia.
4. Sentiasa dehidrasi.
Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu
sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.
5. Tekanan emosi.
Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu
ditanggung oleh otak dan badan kita.
6. Kurang tidur.
Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority
untuk mengembalikan tenaga.
7.Tidak bersarapan.
MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga
berterusan sehingga tengah hari dan petang.
8. Terlalu banyak kafein.
Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi
apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan
darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan
menyebabkan badan menjadi lemah.
9. Kurang zat besi dan
vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke
jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.
10. Kurang hormone Tiroid.
-
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda
mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang
mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak
mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini
dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
11.
Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun
kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas,
keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak
semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan
segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
12.
Kurang tenaga. Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan
juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk
mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa
dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
13.
Sleep apnea atau dengkuran.
[gangguan semasa tidur melalui pernafasan]. Kadang-kadang anda fikir anda sudah
mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu.
Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur.
Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara
tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari
tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang
berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
14.
Lemah jantung. Sekiranya anda merasa
cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini
masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan
tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas
aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut,
jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda
dari serangan jantung yang lebih serius.
15.
Diabetis. Walaupun kadar di dalam
gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa
dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah
letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya
kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan
mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan
dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk
mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini. Set optimum 'energy booster' sangat membantu dalan mengembalikan tenaga bagi mengurangkan dan menghilangkan rasa letih dan lesu.
Jom tengok apa ada dalam set 'energy booster' ni.
ESP >> Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun
CINCH TEA >> Mengandungi taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
PERFORMANCE DRINK >> Membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal serta keseluruhan tubuh.
VITALEA >> Penambahan tenaga segera untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental
B-COMPLEX >> memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment