B Complex, Naikkan Selera Makan?
Sejak akhir ini timbul isu mengenai B-Complex yang kononnya di katakan menjadi penyebab gemuk. Ramai mengadu bahawa mereka menjadi kerap lapar selepas beberapa hari mengambil B-Complex. Hari ini kita akan fahami info tentang B-Complex dan apakah ia menjadi penyebab sering lapar.
B-Complex dan Kurus
Adakah anda tahu? B-Complex sebenarnya membantu proses menurunkan berat badan.
Kawalan berat badan seperti selera makan, rasa lapar, kadar metabolisme, metabolisma lemak dan gula, pembakaran kalori dll berfungsi dengan efisyen dan cekap dengan pengambilan vitamin. Semua yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan optimum dan berat badan ideal.
Jadi adalah tidak berasas untuk menyatakan vitamin-vitamin tertentu sahaja BAIK untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, beberapa vitamin yang memang terbukti dapat mengawal berat badan wajar di beri perhatian.
Lebih menarik, antara vitamin dan mineral penting untuk penurunan berat badan ialah:
Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamin B6
Choline (part of B-complex)
Inositol (part of B-complex)
Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menyempurnakan proses penukaran gula kepada tenaga di dalam sel.v Menarik. Nampaknya kita tidak boleh 100% mengatakan B-Complex punca selera meningkat, berat badan naik kerana sebenarnya B-Complex banyak membantu proses penurunan berat badan. Untuk anda yang mengamalkan B-Complex dan dalam masa yang sama ingin kurangkan berat badan, senang hatilah untuk meneruskan pengambilan B-Complex
Hubungan antara Vitamin B dan Berat Badan.
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin termasuklah 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex pula adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga. Semua vitamin B-Complex adalah bersifat larut air. Ia menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Kesemua vitamin B-Complex ini akan bekerjasama untuk memenuhi fungsi masing-masing.. Jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak iaitu pada masa yang sama. Perkaitan antara Vitamin B dan penurunan berat badan ini hanya akan berlaku jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.
Jenis-Jenis Vitamin B
1. Vitamin B-1 (Thiamine)
Vitamin B-1 diperlukan untuk metabolisme yang sempurna bagi kanji dan gula, dengan tujuan untuk menghasil tenaga pada tubuh. B-1 membantu keberkesanan kesihatan sistem saraf. B-1 juga turut membantu jantung dan otot-otot lain untuk berfungsi dengan baik. Tahap tekanan yang tinggi, boleh meningkatkan keperluan bagi B-1. Sumber-sumber makanan bagi Vitamin B-1 adalah seperti, gandum bran, kacang soya, daging dan sirap pekat. Pengambilan alkohol, boleh menghalang penyerapan berkesan B-1. B-1 bertindak dengan lebih kesan dengan kehadiran, B-2, B-Complex, Niasin, Vitamin C, asid folik, mangan dan Vitamin E.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 membantu fungsi tiroid dengan betul dan menjaga metabolisme anda. Vitamin B2 adalah penting untuk metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. B2 juga perlu untukmembaiki kulit, rambut serta kuku. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malahan, B2 juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Orang yang melakukan senaman setiap hari sebenarnya, kehilangan B2, kerana mereka memerlukannya sebagai bekalan semasa bersenam. Sumber makanan untuk B2 adalah seperti susu, keju, telur, badam, bijirin dan sayur-sayuran.
3. Vitamin B3 (Niasin)
Vitamin B3 membantu dalam pengeluaran hormon tiroid. Sumber makanan yang dipercayai bagi Vitamin B3 adalah seperti tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.
4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)
Vitamin B5 merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan. Oleh kerana tenaga diperlukan untuk membuat senaman, jadi Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sumber makanan yang dipercayai adalah seperti, daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran, roti bijirin dan sayuran hijau. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan vitamin B5.
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu. Vitamin B-6 membantu dalamperaturan dan pengeluaran tiroid. B6 juga turut memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul. Vitamin B6 membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik dan untuk metabolisme, asid amino yang banyak adalah perlu. Sumber makanan bagi vitamin B6 adalah seperti bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado, buah-buahan kering dan sirap pekat.
6. Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B7 juga dikenali dengan nama vitamin H. Peranan penting vitamin B7 atau biotin ini adalah untuk metabolisme lemak, protein dan juga karbohidrat (sama seperti vitamin B kompleks lainnya). Kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah pada rambut dan kuku. Tubuh manusia memerlukan 30 mcg Biotin setiap harinya.
7. Vitamin B9 (Folic acid)
Asid folik atau vitamin B9 juga termasuk dari jenis vitamin B Compleks. Asid folik berperanan penting pada perpecahan danpertumbuhan sel. Ia juga sangat baik bagi ibu hamil dan kandungannya. Asid folik ini membentuk sel darah merah sehingga boleh mencegah penyakit anemia. Sumber makanan bagi Asid folik boleh didapati pada sayuran seperti bayam, lobak cina, kentang, tomato, dan lain-lain.
8. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Vitamin B12 terlibat dalam metabolisme bagi hampir setiap sel di dalam badan. Maklumat khusus bagi Vitamin B12 ini agak sukar di cari, namun begitu, yang paling ketara adalah, B12 boleh mempengaruhi dalam sintesis DNA. Malahan, ia juga memberi kesan kepada sintesis asid lemak dan penghasilan tenaga. B12 adalah perlu dalam pencernaan, sistesis protein, penyerapan makanan, dan metabolisme lemak dan karbohidrat. Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang membantu dalam kekurangan vitamin B12. Sumber makanan bagi vitamin B12 adalah seperti daging, ikan dan telur.
Fungsi setiap Vitamin Kumpulan B
1. Thiamin
- Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
- Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf
2. Riboflavin
- Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga
3. Niasin
- Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
- Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.
4. Biotin
- Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen
5. Pyridoxine
- Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat
6. Folate
- Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
7. Cyanocobalamin
- Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.
Bagaimana pula dengan B-Complex Shaklee? Apa perbezaannya?
Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka fungsi B-complex takkan berkesan kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. Cuba lihat botol B-complex anda..Cukup tak kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B.. Awas yea..Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.
- Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
- Mudah di telan
- Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.
Anda boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan vitamin B-Complex supaya badan lebih bertenaga, rasa lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang dihadapi.
Kalau nak tahu tips cara makan yang paling berkesan untuk PENURUNAN BERAT BADAN, pm saya. Nanti sy share yer..
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!