Monday, 27 July 2015

Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil dietary supplement. Simptom-simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya adalah TINDAKBALAS OLEH TUBUH kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis  pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama – sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Dietary supplement membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu satu hingga dua bulan.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, disarankan agar minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.


Berikut adalah contoh krisis pemulihan yang biasa dialami oleh tubuh.


No comments:

Post a Comment