Monday, 24 August 2015

Senggugut.- Sakit Ketika Datang Bulan (Dysmenorrhoea)

Senggugut?

Bila sebut perkataan senggugut pasti rata2 wanita pernah merasai kesakitan ini. Ada yang mengalami sakit yang sedikit dan ada juga yang mengalami sakit di tahap kronik. Betul kan?  Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

set atasi senggugut

SENGGUGUT atau dikenali sebagai Dysmenorrhoea merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan terdapat dalam 2 jenis iaitu Senggugut Primer dan Senggugut Sekunder.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil Senggugut Primer, sementara Senggugut Sekunder adalah sakit yang menyerang apabila setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid. Senggugut Sekunder biasanya disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.



Senggugut Primer



Senggugut Primer adalah akibat pengecutan dinding rahim lebih kuat daripada biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat daripada itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan kepada pesakit. Ada sebahagian 'sembuh' dari sakit ini setelah melalui proses kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku kepada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada awal umur 20-an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami kesakitan ketika haid ini. 

Senggugut Primer biasanya menyerang beberapa jam sebelum haid atau bersama aliran darah. Ia selalunya berlaku bersama kehadiran simptom2 seperti berikut :-

  • Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki
  • Sakit yang datang secara 'crampy'/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya
  • Tegang payudara
  • Pening kepala
  • Rasa 'pitam'
  • Perut kembung
  • Rasa mual dan muntah2
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Tekanan emosi/rasa letih/muram/cepat marah
  • Kesakitan akibat Senggugut Primer ini biasanya melebihi 24 jam dan akan berkurangan dalam masa 1 hingga 2 hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit akan hilang.
Kenapa Ia Berlaku?
Banyak sebab telah diperkatakan berkenaan kenapa senggugut boleh berlaku. Namun, sejenis hormon yang dikenali sebagai prostaglandin sering disabitkan dengan Senggugut Primer. Hormon ini bertanggunjawab dalam proses pengecutan rahim. Namun paras hormon prostaglandin yang tinggi pada sesetengah wanita, menyebabkan pengecutan yang lebih ekstrem lalu menimbulkan rasa sakit ketika haid.

Senggugut Sekunder


Senggugut ini disebabkan oleh patologi di bahagian pelvis dan rahim dan biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Di atara sebab-sebab berlakunya Senggugut Sekunder ialah :-

  • Endometriosis -- sel yang melapisi dinding rahim bermigrasi (berpindah) ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid. Selalunya setelah pengaliran haid, ia akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. 
  • Fibroid -- 'tumor' atau ketumbuhan bukan barah dari otot dan tisu dari dalam rahim dan dipengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvik (PID) -- keadaan ini disering disabitkan dengan Senggugut Sekunder, tetapi ada juga sebahagiannya sakitnya bereterusan dan tidak berkaitan dengan haid langsung. Kesakitan yang berkaitan dengan Senggugut Sekunder selalunya bersangkut paut dengan aktiviti prostaglandin.
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Faktor Risiko
Faktor utama yang boleh menjadi penyebab wanita berisiko mengalami senggugut ialah baligh pada awal umur (11 tahun atau lebih awal) dan/atau sejarah keluarga yang juga mempunyai masalah senggugut.

Apakah Kaedah Rawatan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Senggugut?


Rawatan Senggugut Primer
Tanpa Ubat :
  • Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.
  • Tuam bahagian abdomen yang sakit dengan sesuatu yang suam. Cth : Letakkan air suam ke dalam botol & gunakan sebagai 'tungku' untuk meredakan kesakitan.
  • Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
  • Teknik relaksasi (banyakkan berzikir, taichi, yoga dll)
  • Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
    Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Dengan Ubat :- 
  • Sekiranya gagal dengan kaedah tanpa ubat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari klinik yang berdekatan.
  • Biasanya doktor akan menyarankan ubat penahan sakit seperti paracetamol/panadol, ubat anti-prostaglandin seperti ibuprofen atau ponstan.
  • Pil perancang keluarga menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi daripada berlaku.

*NOTE : Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan 'threshold' sakit langsung memperlihatkan keadaan seolah2 senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa menjadi penyebab berlakunya keadaan yang demikian di antaranya termasuk anemia(kekurangan sel darah merah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress,diabetes, dan tahap nutrisi yang rendah - SUMBER

Rawatan Senggugut Sekunder


Ubatan lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti-inflamatori seperti paracetamol, Cox-2, anti-prostaglandin (ponstan)

Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Kes yang berpunca daripada masalah penyakit seperti fibroid dan endometriosis, rawatan secara pembedahan adalah definitif.

*NOTE : Kerap berlaku apabila ujian ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan mengalami sakit dan gejala2 seperti yang dinyatakan di atas. Apabila keadaan ini berlaku, wanita tersebut dinasihatkan untuk menjalani rawatan laparokospi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat punca senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini, biopsi atau rawatan membakar sel2 endometriosis itu boleh dilakukan sekali - SUMBER

Komplikasi

Komplikasi kepada Senggugut Sekunder bergantung kepada penyebabnya, Sekiranya jangkitan kuman pada sistem pelvik boleh menyebabkan kesan lekatan (scar) pada tiub fallopian dan mengganggu sistem reproduktif, kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik (kandungan luar rahim). Endometriosis pula boleh menyebabkan kemandulan atau mengganggu kebolehan untuk mengandung.

Ramai yang memperkatakan bahawa senggugut adalah berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan (infertiliti). Ini adalah tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal. 


Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campur adukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


Salah satu brand produk yang telah menjalani kajian klinikal dan dijamin selamat ialah Shaklee.. Jika anda mengalami masalah senggugut, anda disarankan untuk mendapatkan bekalan nutrisi yang lengkap bagi mengatasi masalah tersebut. Cubalah Set Senggugut Shaklee yang berkesan membantu mengurangkan simptom2 senggugut. ^_~

credit : rosmizaali.com

set senggugut shaklee

Shaklee GLA Complex 

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Shaklee Ostematrix

  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

Shaklee B-complex


  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Sebarang pertanyaan mengenai produk atau ingin membuat pembelian boleh whatsapp saya yer..

JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, SerdangPENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!



No comments:

Post a Comment