Tuesday, 26 April 2016

KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK IBU & BAYI

MENGAMBIL OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 perlu diperolehi dari diet pemakanan atau suplemen sebab ia tidak dihasilkan oleh badan kita. 

Kajian menunjukkan bahawa 2 jenis keluarga Omega-3 yang sangat bermanfaat adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). 

EPA berfungsi menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Jadi penting untuk wanita hamil dan menyusu.

IBU MAKAN, ANAK PUN DAPAT KESANNYA


Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung.  DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA. 

DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.

KEBAIKAN DAN MANFAAT OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Dan selepas lahir, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 dari ibu melalui susu ibu.

Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut :
  • meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.
  • mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • mencegah kelahiran pramatang ,
  • mengurangkan risiko pre-eklampsia dan
  • mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  • mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).

SUMBER OMEGA-3

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.

Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omegayang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.

DOS OMEGA-3 YANG DISYORKAN

ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) telah mewujudkan carta DOS MINIMUM yang disyorkan seperti berikut :

Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs : 32 mg / lb EPA + DHA

Kanak-kanak (18 bulan-15 tahun):
15 mg / lb EPA + DHA

Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

Wanita Hamil dan Menyusu:
300 mg DHA setiap hari

Sumber : norlizaothman.blogspot.my

Omega Guard mempunyai sifat mencairkan darah. Ibu - ibu yang mengambil Omega Guard dinasihatkan memberhentikan pengambilan sebaik sahaja memasuki minggu ke 2-3 sebelum tarikh dijangka bersalin.

Disini pentingnya ibu mendapat konsultasi yang betul apabila ingin mengambil sebarang suplemen.

Omega Guard Shaklee hanya sesuai apabila usia kandungan memasuki trimester ke-2 dan ke-3 sahaja! Iaitu mulai bulan ke 4 hingga ke 8 kehamilan.

Lagi best ambil Omega Guard ni semasa mengandung ialah, ia membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis yang kerap menyerang ibu hamil.

Tuesday, 10 November 2015

Tips Mengatasi Masalah kekurangan Platelet Secara Semulajadi

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kesihatan Jue makin better. So, hari ni ambik kesempatan menulis tentang platlet. Beberapa hari lepas Jue di diagnose dengan platlet yang sangat rendah, dalam masa satu hari platlet drop daripada 940 000 kepada 330 000 per mikroliter. Juga positif denggi walau sebenarnya tak ada pon simptom-simptom denggi macam demam, sakit sendi, ruam merah. Hehe..Doktor pon hairan..


Jom kita tengok apa tu platlet..

Apa Itu Platlet


Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kekurangan platelet boleh menyebabkan pendarahan dan Demam Berdarah Dengue (DBD) serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.Lalu membuka mata betapa bahayanya kekurangan platelet dalam darah. Ok,sebelum tu jom kenal-kenal dulu dengan platelet. 


Platelet ni dalam bahasa sains juga dikenali sebagai trombosit, keping darah atau plat darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang sangat penting. Platelet memiliki bentuk tidak seragam di mana ia juga tidak memiliki warna, tidak berisi, lebih kecil dari sel darah merah dan sel darah putih serta mudah pecah. 


Bagaimana Platelet Boleh Berkurang? 


Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilanganya berkurangan, dikhuatiri akan menyebaan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. 


Ada beberapa penyakit yang menyebabkan platelet berkurang atau rendah dan yang paling sinonim dengan negara kita Malaysia adalah Demam Denggi. Denggi sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kekurangan platelet juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, penyakit autoimun (platelet dibinasakan oleh system imun sendiri), kurang penghasilan platelet (anemia aplastik) dan bacteria dalam darah (bakteremia). Penyakit lain yang menyebabkan kekurangan platelet adalah seperti kanser, cacar air dan kesan radiasi. 

Mengapa Perlu Menaikkan Jumlah Platelet Dan Apakah Kesan Kekurangan? 


Platelet merupakan sel kecil di dalam darah yang berfungki sebagai agen pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Platelet yang normal boleh hidup dalam jangka masa 8 hingga 12 hari dalam aliran darah dan sel-sel baru akan dihasilkan oleh sum-sum tulang secara berterusan. Fungsi inilah yang amat penting bagi tubuh kita kerana apabila platelet rendah, pendarahan yang berlebihan akan berlaku dan boleh mengancam nyawa. 


Namun begitu, sekiranya kekurangan platelet dirawat dengan cepat, kandungan platelet dalam darah mampu untuk naik secara sendirinya. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana cara yang efektif untuk menaikkan jumlah platelet.

Tanda-tanda Sekiranya Anda Mengalami Platlet Rendah

Selain pemeriksaaan darah, ia juga boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:

  1. Kulit mudah menjadi lebam walaupun hanya dicubit perlahan
  2. Terdapat ruam dan bin bintik-bintik merah di kulit
  3. Pendarahan luka yang sukar berhenti
  4. Pendaran tiba-tiba pada gusi dan hidung
  5. Pendarahan dalam air kencing atau najis
  6. Alihan haid yang banyak secara luar biasa

TIPS MENAIKKAN JUMLAH PLATLET DENGAN CEPAT SECARA SEMULAJADI. 


Firstly sekiranya kelihatan simptom seperti demam berpanjangan, hidung berdarah dan keluar bintik-bintik merah pada kulit, sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Antara tips menaikkan jumplah platelet : 


1. Mengambil diet yang sihat. 

Pengambilan buah-buahan dan sayur segar mampu meningkatkan jumlah platelet seperti sayur hijau,buah limau, tomato dan kiwi.


2. Jauhi makanan yang tidak sihat. 

Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alcohol dan minuman berkafein. makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sum sum tulang. 


3. Mengambil makanan yang mengandingi Vitamin B12 dan tinggi asid folik. 

Vitamin B12 dan asid folik amat penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet. Antara makanan yang tinggi asid folik adalah bayam, buah limau, dan kekacang. manakala makanan yang mengandungi Vitamin B12 adalah seperti telur, susu, keju, dan daging kambing. 


4. Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3. 

Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber omega 3 adalah seperti ikan, minyak ikan , tuna dan ikan salmon liar. 


5. Vitamin dan Mineral (Suppliment). 

Ini adalah cara terbaik sekiranya anda sukar untuk mendapatkan khasiat serta zat-zat dari tumbuhan,sayuran mahupun makanan berkhasiat yang disenaraikan. Pengambilan vitamin C 1000mg sehari mampu meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi . Suppliment meningkatkan daya tahan badan disamping mempercepatkan proses pemulihan kerana vitamin ini mudaha larut dalam air dan mudah diserap oleh tubuh. 


6. Pengambilan air suam setiap hari. 

Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. sekiranya anda mengambil banyak air,ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet. 


7. Tidur dan rehat secukupnya. 

Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. 


8. Elakkan Ubat tertentu. 

Mengelak dari mengambil ubat seperti ubat tahan sakit dan demam dimana mampu melambatkan proses penghasilan platelet dan merencatkan fungsinya. 


Bagaimana Untuk Mengambil Semua Sumber Makanan di Atas dengan Lebih Mudah dan Cepat?? 


Di Shaklee,semua suppliment adalah semulajadi. Oleh itu,anda juga boleh mencuba suppliment Shaklee yang bagus untuk meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi antaranya: 


1. Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


2. Vitalea Membantu dalam pembentukan sel darah merah Membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang baik Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah Melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh. 


3. Omega Guard Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah Meningkatkan sistem imun. Mengurangkan tekanan atau stress Merangsang kesihatan hati 


4. B-Complex Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet Melawan tekanan atau anti stress Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah 


5. Vitamin C Sustained Released. Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi. Membantu penyerapan nutrient secara optimum Membaiki simptom pendarahan Meningkatkan sistem imunisasi MEnghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh. 


6. Performance Drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Setelah mencuba cara-cara di atas,anda disarankan untuk membuat pemeriksaan semula terhadap jumlah platelet anda. Semoga cepat sembuh!








credit: healthyvitagarden.com

Sunday, 8 November 2015

I'M BACK.....

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu semua..

Alahai..blog ni dah tebal sawangnya..hari ni baru nk bersihkan balik. Lama jugak Jue bercuti/berMC daripada berblog.. Bermakna lama jugak la kira-kira dah 2 bulan badan ni tak sihat. Alhamdulillah.. I'm better now.. Semoga makin sihat.

In Shaa Allah.. lepas ni akan kembali mengupdate blog.

Thursday, 10 September 2015

33 Kebaikan dan Manfaat ESP

Manfaat ESP


ESP Shaklee ni produk paling best sebab ia memberi banyak manfaat. ESP adalah protein bukan-GMO (non-genetically modified organism) yang lengkap dengan semua asid amino perlu. Asid amino perlu di ambil dari pelbagai sumber makanan. Yang bestnya ESP ni didatangkan dengan kesemua jenis asid amino yang diperlukan untuk sintesis / proses protein supaya dapat digunakan tubuh.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP: 

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada sel. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita sangat memerlukan protein.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya protein adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
Tahukah anda yang sebenarnya protein ini sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu tinggi? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Anda tak tahu kan? Jadi, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber protein yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. 
Ramai yang telah merasa kebaikan dan betapa bagusnya ESP selepas mengambil secara konsisten selama 3 hingga 4 minggu. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!


33 manfaat yang boleh diperoleh dalam 1 canister ESP berdasarkan 70 testimoni yang saya kumpul:

1- Cerahkan kulit 
2- Hilangkan jeragat 
3- Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
4- Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
5- Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
6- Anjalkan payudara 
7- Anjalkan punggung 
8- Atasi gastrik dan pedih ulu hati
9- Mengatasi lesu 
10- Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa
11- Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran
12- Mencantikkan kuku 
13- Menghaluskan tumit pecah 
14- Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa
15- Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
16- Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu
17- Pengganti sarapan dan supper

18- Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.

19- Meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan
20- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
21- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
22- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
23- Rendah lemak, tanpa kolestrol
24- Membantu mengurangkan risiko kanser, 
25- Bertindak sebagai antioksidan, 
26- Menguatkan sistem imun tubuh, 
27- Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
28- Memelihara kesihatan jantung  
29- Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
30- Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
31- Membantu merendahkan paras kolestrol, 
32- Mencegah osteoporosis 
33- Membantu pembentukan sel-sel baru.

Rugi kalau tak cuba. Sebab yang dah cuba memang akan repeat order. Percayalah cakap Kak Ton..hihihi. Satu canister boleh bertahan sebulan setengah hingga 2 bulan. Anda boleh cuba resepi ESP yang lazat-lazat. Rasa macam tak sabar je nak lihat hasilnya kan..dah guna baru tahu tau..


CREDIT: www.freevitamin.my

Tuesday, 8 September 2015

GIVEAWAY CHOCOLATE VOCHELLE BY DYAN ZAKHI



Jom join..mana tau bertuah.. leh makan cekelat..hehe

Tamat : 13 September 2015 , 11.59pm (1 minggu shj)
Keputusan : 14 September 2015

BAHAYA KEKURANGAN PROTEIN

Apa Itu Protein?



Protein merupakan unsur penting yang mampu menopang pertumbuhan dan dapat memelihara keseimbangan tubuh. Pada tahun 1838, protein ditemukan oleh Jons Jakob Berzelius yang hingga saat ini sering diteliti oleh para ilmuwan. Protein sendiri merupakan komponen senyawa organik yang terdiri dari sulfur, hidrogen, fosfor, nitrogen, oksigen dan asid amino yang sangat penting. Unsur-unsur ini kerap ditemui dalam makanan yang mengandungi protein, yang di ambil setiap hari.

Fungsi protein adalah:

  • Sebagai enzim yang mampu mempercepat reaksi biologi
  • Pembentukan sel darah merah, hingga dapat mengangkut oksigen ke eritrosit
  • Pengatur metabolisme tubuh
  • Pembentuk sistem imun atau antibodi
  • Penghancur dan penetral zat-zat asing yang masuk ke dalam tubuh
  • Penyembuh luka hingga dapat meregenerasi sel, utamanya pada kulit
  • Penyeimbang alkali yang mampu menjaga ph cairan pada tubuh
  • Pembentuk otot yang membantu perkembangan pada anak-anak dan remaja

Oleh kerana protein memiliki banyak fungsi yang sangat penting untuk tubuh, maka tentu sahaja tubuh akan mudah bereaksi terhadap penyakit akibat kekurangan protein yang cukup. Berikut adalah beberapa penyakit yang dapat dikongsikan akibat kekurangan protein, boleh jadi sangat membahayakan hingga menyebabkan kematian. Berikut ini diantaranya:

1. Marasmus

Marasmus merupakan bentuk kekurangan zat makanan yang melampau, yang paling banyak ditemui pada bayi dibawah usia 12 bulan. Penyebabnya boleh terjadi kerana kekurangan protein yang sering disertai dengan gejala kekurangan karbohidrat. Penyakit ini tentu cukup berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Ciri-ciri :
  • Berat badan kurang dari 60% dari berat badan yang seharusnya.
  • Suhu badan menjadi rendah.
  • Kulit di tubuh melonggar dan berkedut sehingga bentuk tulang sangat nampak.
  • Berwajah lonjong dan tampak lebih tua.
  • Perut berbentuk cekung yang biasa disertai dengan cirit birit.
  • Kehilangan nafsu makan.

2. Kwashiorkor

Penyakit kwashiorkor ini merupakan penyakit yang terjadi akibat kekurangan zat makanan yang teruk pada kanak-kanak yang disebabkan oleh diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat dan rendah protein. Berbeza dengan marasmus, penyakit ini paling banyak dihidapi oleh kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun. Apabila dihidapi marasmus, tubuh penderitanya cenderung kurus, maka pada kwashiorkor penampilan dari penderita terlihat normal.

Walaupun begitu, penyakit ini harus diambil berat kerana jika tidak kanak-kanak ini, pertumbuhannya akan terbantut bahkan boleh mengalami cacat mental, seperti ADHD.

Ciri-ciri :
  • Mengalami kelelahan yang tinggi
  • Terjadi pembengkakan pada perut, juga pada punggung, kaki dan tangan
  • Sering mengalami cirit birit
  • Berwajah bulat
  • Pandangan mata sayu
  • Rambut menjadi kusam, tipis hingga kemerahan dan mudah gugur
  • Kehilangan nafsu makan
  • Hati berlemak dan membesar
  • Kekeringan pada kulit hingga bersisik dan pecah-pecah
  • Luka lambat untuk sembuh
  • Sering disertai dengan infeksi yang akut
  • Anemia dan xeroftalmia

3. Cachexia

Penyakit cachexia merupakan penyakit yang menyerang seseorang akibat kekurangan protein. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, penyakit ini dapat menyebabkan penurunan berat badan, penyakit kanser, kegagalan fungsi ginjal, penyakit menular AIDS, bahkan kematian apabila tidak ditangani dengan baik.

Ciri-ciri :
  • Kerap merasa lelah walaupun hanya beraktifitas ringan.
  • Menipisnya otot rangka.
  • Terjadinya degradasi protein.
  • Berat badan menurun secara yang ekstrim.
4. Kegagalan Fungsi Hati


Kegagalan fungsi hati adalah merupakan penyakit yang menyebabkan kerosakan dan kehilangan fungsi hati akibat ketidakmampuan sel hati untuk beregenerasi. Hal ini juga menjadi penyakit akibat kekurangan protein. Oleh kerana penyakit ini adalah sangat merbahaya, maka keadaan pesakit sangat memerlukan perhatian pakar perubatan.

Ciri-ciri :
  • Merasa mual
  • Nafsu makan berkurangan
  • Sering mengalami rasa lelah
  • Kulit dan mata menguning jika telah mencapai tahap akut
  • Pembengkakan pada perut
  • Mengalami cirit birit
  • Gampang memar dan berdarah

5. Apati

Apati merupakan sikap tidak mempunyai perasaan dan emosi atau tidak ambil peduli. Kesan penyakit akibat kekurangan protein ini, boleh mempengaruhi tingkah laku dan fungsi kognitif. Biasanya, apati sering disertai dengan depresi. Namun, kedua hal ini berbeza. Jika depresi berupa gangguan emosi, maka apati berupa gangguan motivasi.

Ciri-ciri :
  • Kurangnya usaha sehingga sering bergantung pada orang lain
  • Tidak ada keinginan untuk belajar hal-hal baru
  • Kurang peduli terhadap masalah
  • Fluktuasi emosi tidak terjadi
  • Kurangnya respon terhadap suatu peristiwa atau kejadian

6. Edema

Penyakit edema ini merupakan nama lain dari retensi air, yakni penyakit kekurangan protein yang paling sering diderita manusia. Jika darah yang mengalir pada tubuh tidak memiliki protein yang cukup, maka seseorang boleh mengalami gejala tekanan darah rendah sehingga mengakibatkan pusing, pening, lemas dan malas.

Akibatnya, genre darah yang tidak mengandungi protein dapat membentuk jaringan pada sekitar pembuluh darah yang mirip dengan gumpalan air. Jaringan inilah yang biasa disebut dengan edema.

Ciri-ciri :
  • Pembengkakan pada kulit dan kadang terasa kenyal
  • Kadang disertai nyeri atau tidak
  • Kadang disertai demam atau tidak

7. Rambut Gugur

Rambut yang gugur secara tidak normal boleh terjadi akibat tubuh kekurangan protein. Ketika ratusan helai rambut mengalami keguguran tiap hari, maka ini merupakan tanda bahawa seseorang itu sedang mengalami penyakit rambut gugur. Hal ini tentu saja tidak boleh dianggap remeh kerana lama-kelamaan dapat membuatkan kepala menjadi botak, bahkan sukar untuk tumbuh kembali.

Ciri-ciri :
  • Rambut mudah gugur ketika sikat atau disisir tangan
  • Banyak rambut gugur ketika bangun tidur
  • Banyaknya rambut yang menempel pada pakaian

8. Gangguan Otak

Otak merupakan pusat saraf manusia agar dapat berfikir serta mampu menggerakkan tubuh. Jika seseorang kekurangan protein, maka kecepatan berfikir seseorang itu akan menjadi rendah bahkan boleh mengakibatkan gangguan yang parah atau fatal. Misalnya seperti berkurangnya kecepatan motorik, mudah stres atau depresi, dan lainnya.

9. Penyakit Jantung

Jantung yang berdetak dalam tubuh manusia ternyata sangat memerlukan protein. Ini kerana, jika tubuh seseorang kekurangan protein, maka denyut jantung yang boleh dihasilkan sangat rendah iaitu dibawah 60 kali denyutan dalam satu minit.

Ciri-ciri :
  • Sering mengalami sesak nafas
  • Biasa mengalami gejala batuk
  • Nafsu makan menjadi berkurang
  • Mudah lelah atau lemas

10. Kelelahan

Tubuh yang sering mengalami kelelahan merupakan salah satu tanda bahawa seseorang kekurangan protein. Jika protein ini tidak cukup untuk tubuh, maka jaringan otot yang mengalami kelelahan menjadi ro sehingga tidak dapat melakukan regenerasi.

Adapun beberapa hal membahayakan yang ditimbulkan oleh kelelahan ini seperti kekejangan, rheumatik dan lainnya.

Ciri-ciri :
  • Mudah merasa resah.
  • Sering jatuh tertidur ketika sedang duduk atau ketika melakukan aktiviti.
  • Merasa kurang keseimbangan pada tubuh.
  • Mudah marah.
  • Sukar berkonsentrasi.
Edit semula dari halosehat.com

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.


Kesimpulannya.. penyakit akibat kekurangan protein  tentu  boleh terjadi pada sesiapa saja. Kita perlu waspada dengan melakukan gaya hidup sihat terhadap diet harian yang mencukupi dan seimbang dengan keperluan nutrisi protein ini.


Rendahnya Indeks Glisemik ESP

Apa itu Indeks Glisemik



GI= indeks glisemik/glycemic index
Indeks glisemik (GI) adalah bagi mengukur kesan karbohidrat pada tahap gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa pencernaan. Jika glukosa dilepaskan secara cepat ke dalam darah maka ia bermakna karbohidrat yang diambil mempunyai GI tinggi, sedangkan karbohidrat yang terurai lebih lambat, melepaskan glukosa secara berperingkat ke dalam aliran darah, mempunyai GI yang lebih rendah. 


Sebelum tu kenalah tau apa kebaikan makanan GI rendah ni..

1. Makanan rendah GI merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dan mereka yang berpuasa kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. 


2. Makanan rendah GI mengelakkan kita daripada mengantuk selepas makan. Hal ini kerana apabila kadar glukos yang stabil dalam darah mengekalkan tenaga lebih lama setelah makan dan mengelakkan rasa mengantuk.


3. Makanan rendah GI membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Pesakit kencing manis sangat digalakkan mengambil makanan yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.


4. Pengambilan makanan rendah GI dapat membantu mengurangkan kolestrol.


Makanan Rendah GI? Apa tu?




ESP mempunyai Indeks Glisemik 39 sahaja iaitu GI yang rendah (di bawah 55).


Perbandingan paras peningkatan dan penurunan paras glukosa bagi makanan berasaskan protein soya segera, ESP dan makanan berasaskan karbohidrat sahaja.

Mengambil karbohidrat dengan GI yang tinggi menyebabkan peningkatan drastik dalam paras glukosa darah. Tenaga dibebaskan dengan cepat, namun paras glukosa juga akhirnya menurun dengan cepat menyebabkan kita kembali lapar dan perlu makan semula. Ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan tinggi GI: Roti putih, nasi beras putih.

Mengambil makanan GI rendah pula membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ini menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu kita untuk kekal bertenaga. Rasa kenyang lebih lama dan menyebabkan kita tidak berasa perlu untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan rendah GI: yogurt rendah lemak, roti gandum dengan kepingan ayam atau daging.


*Pengambilan makanan yang lambat dicerna seperti makanan berprotein tinggi sangat membantu dan berfungsi seperti diet rendah GI juga.


ESP Shaklee: Minuman Protein tinggi dan diet rendah GI?


Ya. ESP adalah dalam kategori makanan rendah GI dengan gred GI cuma 39 sahaja. Dengan segelas ESP sahaja, anda telah mengambil sejumlah 14gram protein yang mampu membuat anda berasa kenyang lebih lama. ESP membantu untuk bertahan dari rasa lapar lebih lama dan sangat membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk mereka yang aktif dan sentiasa menggunakan tenaga dalam aktiviti harian.

Ingin menurunkan berat badan?

Para penyelidik di Fakulti Biologi, Universiti Copenhagen telah mengesahkan bahawa kebanyakan penasihat kesihatan (berat badan) mendakwa bahawa: makan dengan diet yang tinggi protein dan sedikit kalori kanji(rendah GI) dapat membantu mengurangkan berat badan. -Zestfulness

Ingin mengekalkan paras glukosa yang sihat bagi pesakit kencing manis?

Semakin tinggi nilai GI sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. ESP adalah diet rendah GI yang membantu memastikan insulin dirembeskan dengan kadar yang lebih perlahan sesuai dengan keperluan pesakit kencing manis.

NI LA AKIBATNYA BILA MINUM TEH WAKTU MALAM!

Jangan Minum Teh Waktu Malam, Minum Waktu Pagi.




Eh...kenapa? Ada masalah ker? Ahaa..jangan cepat melatah yer. Cerita ni bukan tentang teh biasa tetapi tentang teh Cinch Energy Tea Mix dari Shaklee.

Ceritanya pagi tadi lupa nak minum Cinch Energy Tea Mix ni.. Bila tengah hari masa drive nak pergi hantar anak ke sekolah mata berat mengantuk sampaikan terlelap masa trafic light merah. Sampai rumah terus lelap kejap sementara masuk waktu Zohor. Lepas solat Maghrib tadi baru nak minum Cinch Energy Tea Mix..haa..penangannya, tak mengantuk sampai sekarang. Badan rasa segar bertenaga je nih. Entah pukul berapa nak tidur ni.

Cinch Energy Tea Mix bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).

Kalau yang suka sangat mengantuk sampai boleh bahaya ketika memandu, nak travel jauh terutamanya sebelah malam, kerja banyak menimbun dok tunggu dan struggle gila dok tahan mengantuk siang atau malam, atau sebelum ni menjadikan kopi, nescafe sebagai pilihan utama, bolehlah bertukar pada ubat hilangkan mengantuk Shaklee ni. Formula teh eksotik, Energy Tea Mix yang lebih sihat, berkesan dan berkhasiat.

Monday, 7 September 2015

GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION!

                            
Klik banner untuk join.

Petang-petang macam ni saya memang suka join giveaway ke segmen ke contest ke. Join pon atas dasar suka-suka dan nak tambah kenalan blogger. Paling penting dapat support penganjur giveaway, segmen and contest semua tu..

Giveaway : My Graduation Celebration ni dianjurkan oleh Nur Raihanah sempena konvokesyen beliau tak lama lagi. Tahniah Rrai dah selamat lepas 1 step..Moga terus success for the next step..

Jom lah sesama support GA ni sebabnya hadiah-hadiah yang ditawarkan sangatlah daebakk!!!! Siap boleh pilih lagi..soooo saya pilih hadiah no. 14. Tempoh GA berlangsung selama sebulan bermula 7/9/2015 hingga 7/10/2015

IG: Jue.Rahman FB: Jue Rahman Twitter: Tiada


ESP, PROTIN SOYA NON-GMO

Apa Itu GMO & NON-GMO?


GMO atau "organisma yang diubahsuai secara genetik" adalah organisma yang bahan genetiknya telah dimanipulasi di dalam makmal melalui teknologi kejuruteraan genetik. Sains baru ini mewujudkan gabungan yang tidak stabil di dalam gen tumbuhan, haiwan, bakteria dan juga virus yang tidak berlaku secara semulajadi atau melalui kaedah pengacukan tradisional. 

NON-GMO atau "organisma yang TIDAK diubahsuai secara genetik" pula adalah organisma yang tidak dimanipulasi genetiknya. Ia adalah sejenis organisma yang dihasilkan secara semulajadi tanpa sebarang gangguan yang melibatkan kaedah sains genetik.

Beberapa kesan GMO kepada manusia :-

  • Alahan terhadap protein GMO
  • Risiko kanser
  • Badan imun terhadap antibiotik atau "Antibiotic Resistance"
  • Meningkatkan risiko alergik makanan
  • Meningkatkan paras toksin dalam badan 


Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi