Perlukah kita menjaga kecantikan?
Ada
yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah
tanggapan yang salah sebenarnya..
Memang tidak dinafikan
ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana
baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah
mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi
belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka
sudah mencukupi.
Tanya pada diri anda:
- sejauh mana anda menekankan bab
menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
- Adakah kita sudah cukup berhias
dihadapan suami kita?
Hari ini jue nak
berkongsi beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah
diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah
dengan kaedah baru.
Semoga bermanfaat kepada
semua yer.,.
1.
Jangan tinggalkan
solat kerana wuduk itu penting
Paling penting jangan
tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah
kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah
dan juga hati kita.
2.
Menjaga kecantikan
kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada
waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih
dahulu.
Adalah disarankan minum
air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil
selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi
dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh
juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit
madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
3.
Mengurut wajah dari
bawah dengan selawat
Kemudian, urut wajah
dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.
Amalkan setiap hari.
Nota tambahan: Tapi
ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas
kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.
Antara zikir yang boleh
diamalkan adalah:
Zikir di bawah
dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan
dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
- Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
- Baca ” Ya Nur ” (1x)
- Baca ” Ya Hadi ” (1x)
- Baca ” Ya Allah ” (3x)
4.
Baca surah Al-Waqiah
Amalkan membaca ayat 35
– 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan baca pada
curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower,
bacalah masa mula-mula nak mandi.
Niat dalam hati untuk
menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga
kita.
Makna surah Al-Waqiah
ayat 35-38:
- (56.35) Sesungguhnya Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
- (56.36) Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
- (56.37) Yang tetap mencintai
jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan)
bagi puak kanan.
5.
Baca Surah Yusuf
Selepas Solat Subuh
Setiap kali lepas solat
subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan
dengan jujur dan ikhlas.
Insya Allah wajah akan
lebih muda dari usia sebenar.
6.
Berdoa setiap kali
melihat cermin
Setiap kali berhias di
cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan
ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
Amalkan setiap pagi.
InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi
Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga
Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Doa lain yang boleh
diamalkan juga adalah:
7.
Menggunakan produk
yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah
Salah satu usaha untuk
menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang
dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan
secara saintifik.
Antara produk halal yang terbukti selamat, berfungsi dan mesra alam adalah set kecantikan Shaklee. Set kecantikan Shaklee terdiri daripada set kecantikan kulit (dari dalam), set NutriWhite dan set Enfusell.
Antara produk halal yang terbukti selamat, berfungsi dan mesra alam adalah set kecantikan Shaklee. Set kecantikan Shaklee terdiri daripada set kecantikan kulit (dari dalam), set NutriWhite dan set Enfusell.
0 comments:
Post a Comment