Showing posts with label Cinch™ Energy Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch™ Energy Tea Mix. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

NI LA AKIBATNYA BILA MINUM TEH WAKTU MALAM!

Jangan Minum Teh Waktu Malam, Minum Waktu Pagi.




Eh...kenapa? Ada masalah ker? Ahaa..jangan cepat melatah yer. Cerita ni bukan tentang teh biasa tetapi tentang teh Cinch Energy Tea Mix dari Shaklee.

Ceritanya pagi tadi lupa nak minum Cinch Energy Tea Mix ni.. Bila tengah hari masa drive nak pergi hantar anak ke sekolah mata berat mengantuk sampaikan terlelap masa trafic light merah. Sampai rumah terus lelap kejap sementara masuk waktu Zohor. Lepas solat Maghrib tadi baru nak minum Cinch Energy Tea Mix..haa..penangannya, tak mengantuk sampai sekarang. Badan rasa segar bertenaga je nih. Entah pukul berapa nak tidur ni.

Cinch Energy Tea Mix bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).

Kalau yang suka sangat mengantuk sampai boleh bahaya ketika memandu, nak travel jauh terutamanya sebelah malam, kerja banyak menimbun dok tunggu dan struggle gila dok tahan mengantuk siang atau malam, atau sebelum ni menjadikan kopi, nescafe sebagai pilihan utama, bolehlah bertukar pada ubat hilangkan mengantuk Shaklee ni. Formula teh eksotik, Energy Tea Mix yang lebih sihat, berkesan dan berkhasiat.

Wednesday, 20 May 2015

Konsep Menurunkan Berat Badan

Fahami konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee

Konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee adalah Detox dan Buang, Bakar serta Bina. Proses detox sangat penting untuk menyingkirkan segala toksin yang terdapat di dalam badan. Toksin ini boleh menjadi penghalang penyerapan vitamin dengan baik ke dalam badan. Manakala proses buang pula bertindak untuk ‘mencuci’ perut dan usus dari sisa bahan-bahan kumuh yang tidak disingkirkan sepenuhnya semasa kita ke tandas.
‘BAKAR’ pula merujuk kepada proses pembakaran lemak melalui peningkatan metabolisme badan. Manakala ‘BINA’ pula adalah proses pembinaan dan pemeliharaan otot supaya tidak menggelebeh apabila lemak-lemak telah hilang. Pembinaan otot juga penting kerana otot dapat meningkatkan aktiviti metabolisme berbanding lemak.
Sebab itulah jangan terkejut sekiranya berat badan anda tidak menampakkan perubahan besar tetapi ukur lilit pinggang anda semakin berkurangan! Ya.. inilah dinamakan ‘inch loss’.Kenapa hal ini berlaku?
Tahukah anda, lemak memerlukan lebih banyak ruang untuk penyimpanan berbanding otot. Gambar di bawah menunjukkan perbandingan saiz lemak dan otot pada berat yang sama.
             
 Perbandingan saiz antara lemak dan otot pada pada berat yang sama
Bandingkan pula bentuk badan dan berat badan wanita di bawah ini,
             
Apakah pilihan anda? ‘Weight loss’ atau ‘inch loss’?

Periksa kembali kalori makanan yang anda ambil sehari-hari.

Penting untuk mengetahui kalori makanan yang anda ambil kerana sekiranya kalori makanan yang diambil melebihi kalori dibakar memang berat anda tidak akan menampakkan perubahan malah boleh jadi bertambah-tambah. Cuma ingat formula ringkas ini
kalori makanan
Confuse la.. Ada macam-macam jenis Set Kurus Shaklee. Yang mana satu saya patut ambil? Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
Set Kurus Shaklee terdapat beberapa jenis. Untuk pelanggan vitamin2u.net saya akan pastikan dahulu kesesuaian Set Kurus Shaklee berdasarkan keperluan anda. Jadi, saya akan pastikan anda tahu kenapa produk itu perlu diambil dan anda faham bagaimana setiap produk itu berfungsi. Konsultasi ini eksklusif untuk pelanggan-pelanggan vitamin2u.net

a) Set Kurus Bajet

Set Kurus Bajet Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad. Namun begitu ianya bukanlah kekangan untuk anda menurunkan berat badan dengan Shaklee. Terdapat 2 jenis Set Kurus Bajet yang disarankan.

Set Kurus Bajet 1 = Alfalfa dan Lecithin

Set kurus ini hanya mengandungi alfalfa dan lecithin. Kalau kita tengok point nombor 2 tadi, konsep penurunan berat badan yang dipenuhi hanyalah detox dan bakar. Bagi yang mengambil Set Kurus Bajet jenis ini, dikhuatiri otot anda akan menggelebeh setelah lemak-lemak hilang. Otot-otot baru tidak dapat dibina. Dan seperti yang saya telah terangkan tadi, otot membantu meningkatkan kadar metabolisme. Dah kurang satu kelebihan di sini. Namun begitu ada je yang berjaya turunkan berat badan dengan set bajet ini.

Set Kurus Bajet 2 = ESP dan Lecithin

Set ini hanya memenuhi konsep bakar dan bina. Proses detox dan buang tidak berlaku. Apabila detox tidak berlaku, toksin di dalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna. Toksin ini berkemungkinan menghalang penyerapan vitamin.

Set Kurus Lengkap = Alfalfa/Vitalea, Herblax/Omega, Lecithin dan ESP/Cinch Shake

Set kurus ini mengandungi kesemua produk yang bertindak memenuhi konsep penurunan berat badan cara Shaklee iaitu Detox/buang, Bakar dan Bina. Tentu sekali set kurus ini adalah yang terbaik.

Shape Up Set

Shape Up Set sama je macam set kurus Shaklee yang lain. Cuma diasarankan untuk menambah Cinch Energy Tea Mix di dalam set tersebut.

Perlukah mengambil Cinch Energy Tea Mix bersama produk lain di dalam Set Kurus Shaklee?

Pertama sekali anda perlu mengetahui apakah fungsi Cinch Energy Tea Mix di dalam Shape Up Set Shaklee. CInch Tea ini berfungsi menigkatkan metabolisme badan anda. Selain itu, Cinch Tea dapat memberikan anda tenaga semasa dalam proses penurunanan berat badan bagi mengelakkan anda cepat letih. Memang buntang la mata lepas makan CInch Tea ni. Rasa bertenaga sangat.

Jadi, set kurus yang manakah sesuai untuk anda?

Set-set di atas hanyalah set yang ditentukan secara umum. Sebelum membuat sebarang pembelian set kurus ini, saya akan mendapatkan beberapa maklumat daripada anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan set yang sesuai untuk anda. Sebab itulah, konsultasi sangat penting di sini. Anda boleh membeli set ini daripada kawan sepejabat, saudara mara atau ipar duai sekiranya anda berani mengambil risiko untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang gagal menurunkan berat badan dengan Shaklee.
                          
                          

credit: vitamin2u.net

Monday, 18 May 2015

Mengapa Cepat Penat, Letih & Mengantuk?

Faktor Badan Cepat Letih


Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut pasal badan selalu rasa letih, penat, lemah lesu. Padahal kerja dalam bilik berhawa dingin. Ada tu yang banyak duduk daripada berjalan atau berdiri. Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:
                           

1. Diet yang tidak seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.

2. Kurang minum air kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.

3. Kurang sel darah merah. Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

4. Sentiasa dehidrasi. Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.

5. Tekanan emosi. Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita. 

6. Kurang tidur. Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.




7.Tidak bersarapan. MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.

8. Terlalu banyak kafein. Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.

9. Kurang zat besi dan vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.

10. Kurang hormone Tiroid. - Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.



Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.


11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

12. Kurang tenaga.  Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan].  Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

14. Lemah jantung. Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

15. Diabetis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.



Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.



Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini. Set optimum 'energy booster' sangat membantu dalan mengembalikan tenaga bagi mengurangkan dan menghilangkan rasa letih dan lesu.

Jom tengok apa ada dalam set 'energy booster' ni.


ESP >> Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun

CINCH TEA >> Mengandungi taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

PERFORMANCE DRINK >> Membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal serta keseluruhan tubuh.

VITALEA >> Penambahan tenaga segera untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental

B-COMPLEX >> memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 


Friday, 8 May 2015

Tips meningkatkan metabolisme badan

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau

pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,

mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:


10 Tip Cepatkan metabolisme Badan
  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  9. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong. Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Produk Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme.


Cinch Tea Mix. 

  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
  • polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
Ostematrix. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

Vita-C Plus. Vitamin C telah terbukti menjadi faktor penting terjadinya biosintesis molekul kecil seperti protein yang disebut carnitine. Carnitine berperan mengarahkan molekul lemak ke sel-sel jaringan di mana pembakaran lemak terjadi. Kurangnya molekul lemak selama proses metabolisme dapat menyebabkan penurunan energi dan kelelahan. Oleh kerana itu, jika kadar carnitine dalam tubuh menurun maka akan terjadi penimbunan lemak.





JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

Friday, 1 May 2015

Cinch™ Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untukmenaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).


Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x
2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.
                                 

Siapa yang perlukan Cinch Energy Tea Shaklee ini?

testimoni cinch tea

Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang berdiet sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.


Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.
Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang! 




JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi