Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Tips Mengatasi Masalah kekurangan Platelet Secara Semulajadi

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kesihatan Jue makin better. So, hari ni ambik kesempatan menulis tentang platlet. Beberapa hari lepas Jue di diagnose dengan platlet yang sangat rendah, dalam masa satu hari platlet drop daripada 940 000 kepada 330 000 per mikroliter. Juga positif denggi walau sebenarnya tak ada pon simptom-simptom denggi macam demam, sakit sendi, ruam merah. Hehe..Doktor pon hairan..


Jom kita tengok apa tu platlet..

Apa Itu Platlet


Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kekurangan platelet boleh menyebabkan pendarahan dan Demam Berdarah Dengue (DBD) serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.Lalu membuka mata betapa bahayanya kekurangan platelet dalam darah. Ok,sebelum tu jom kenal-kenal dulu dengan platelet. 


Platelet ni dalam bahasa sains juga dikenali sebagai trombosit, keping darah atau plat darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang sangat penting. Platelet memiliki bentuk tidak seragam di mana ia juga tidak memiliki warna, tidak berisi, lebih kecil dari sel darah merah dan sel darah putih serta mudah pecah. 


Bagaimana Platelet Boleh Berkurang? 


Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilanganya berkurangan, dikhuatiri akan menyebaan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. 


Ada beberapa penyakit yang menyebabkan platelet berkurang atau rendah dan yang paling sinonim dengan negara kita Malaysia adalah Demam Denggi. Denggi sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kekurangan platelet juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, penyakit autoimun (platelet dibinasakan oleh system imun sendiri), kurang penghasilan platelet (anemia aplastik) dan bacteria dalam darah (bakteremia). Penyakit lain yang menyebabkan kekurangan platelet adalah seperti kanser, cacar air dan kesan radiasi. 

Mengapa Perlu Menaikkan Jumlah Platelet Dan Apakah Kesan Kekurangan? 


Platelet merupakan sel kecil di dalam darah yang berfungki sebagai agen pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Platelet yang normal boleh hidup dalam jangka masa 8 hingga 12 hari dalam aliran darah dan sel-sel baru akan dihasilkan oleh sum-sum tulang secara berterusan. Fungsi inilah yang amat penting bagi tubuh kita kerana apabila platelet rendah, pendarahan yang berlebihan akan berlaku dan boleh mengancam nyawa. 


Namun begitu, sekiranya kekurangan platelet dirawat dengan cepat, kandungan platelet dalam darah mampu untuk naik secara sendirinya. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana cara yang efektif untuk menaikkan jumlah platelet.

Tanda-tanda Sekiranya Anda Mengalami Platlet Rendah

Selain pemeriksaaan darah, ia juga boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:

  1. Kulit mudah menjadi lebam walaupun hanya dicubit perlahan
  2. Terdapat ruam dan bin bintik-bintik merah di kulit
  3. Pendarahan luka yang sukar berhenti
  4. Pendaran tiba-tiba pada gusi dan hidung
  5. Pendarahan dalam air kencing atau najis
  6. Alihan haid yang banyak secara luar biasa

TIPS MENAIKKAN JUMLAH PLATLET DENGAN CEPAT SECARA SEMULAJADI. 


Firstly sekiranya kelihatan simptom seperti demam berpanjangan, hidung berdarah dan keluar bintik-bintik merah pada kulit, sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Antara tips menaikkan jumplah platelet : 


1. Mengambil diet yang sihat. 

Pengambilan buah-buahan dan sayur segar mampu meningkatkan jumlah platelet seperti sayur hijau,buah limau, tomato dan kiwi.


2. Jauhi makanan yang tidak sihat. 

Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alcohol dan minuman berkafein. makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sum sum tulang. 


3. Mengambil makanan yang mengandingi Vitamin B12 dan tinggi asid folik. 

Vitamin B12 dan asid folik amat penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet. Antara makanan yang tinggi asid folik adalah bayam, buah limau, dan kekacang. manakala makanan yang mengandungi Vitamin B12 adalah seperti telur, susu, keju, dan daging kambing. 


4. Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3. 

Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber omega 3 adalah seperti ikan, minyak ikan , tuna dan ikan salmon liar. 


5. Vitamin dan Mineral (Suppliment). 

Ini adalah cara terbaik sekiranya anda sukar untuk mendapatkan khasiat serta zat-zat dari tumbuhan,sayuran mahupun makanan berkhasiat yang disenaraikan. Pengambilan vitamin C 1000mg sehari mampu meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi . Suppliment meningkatkan daya tahan badan disamping mempercepatkan proses pemulihan kerana vitamin ini mudaha larut dalam air dan mudah diserap oleh tubuh. 


6. Pengambilan air suam setiap hari. 

Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. sekiranya anda mengambil banyak air,ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet. 


7. Tidur dan rehat secukupnya. 

Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. 


8. Elakkan Ubat tertentu. 

Mengelak dari mengambil ubat seperti ubat tahan sakit dan demam dimana mampu melambatkan proses penghasilan platelet dan merencatkan fungsinya. 


Bagaimana Untuk Mengambil Semua Sumber Makanan di Atas dengan Lebih Mudah dan Cepat?? 


Di Shaklee,semua suppliment adalah semulajadi. Oleh itu,anda juga boleh mencuba suppliment Shaklee yang bagus untuk meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi antaranya: 


1. Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


2. Vitalea Membantu dalam pembentukan sel darah merah Membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang baik Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah Melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh. 


3. Omega Guard Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah Meningkatkan sistem imun. Mengurangkan tekanan atau stress Merangsang kesihatan hati 


4. B-Complex Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet Melawan tekanan atau anti stress Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah 


5. Vitamin C Sustained Released. Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi. Membantu penyerapan nutrient secara optimum Membaiki simptom pendarahan Meningkatkan sistem imunisasi MEnghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh. 


6. Performance Drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Setelah mencuba cara-cara di atas,anda disarankan untuk membuat pemeriksaan semula terhadap jumlah platelet anda. Semoga cepat sembuh!








credit: healthyvitagarden.com

Wednesday, 2 September 2015

Testimoni_Jeragat

Hilangkan Jeragat

Untuk testimoni jeragat ni, ada beberapa jenis vitamin yang di ambil secara konsisten oleh pengguna. Bagi saya sendiri, saya amalkan ESP, Collagen Powder, Vitamin C dan Vitamin E.

Okay..set premium untuk menghilangkan jeragat adalah terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, B Complex, ESP dan juga Collagen Powder.

Anda juga boleh add on GLA dan Vivix untuk kesan yang menakjubkan.

set kulit cantik

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

testimoni set jeragat

Monday, 24 August 2015

Senggugut.- Sakit Ketika Datang Bulan (Dysmenorrhoea)

Senggugut?

Bila sebut perkataan senggugut pasti rata2 wanita pernah merasai kesakitan ini. Ada yang mengalami sakit yang sedikit dan ada juga yang mengalami sakit di tahap kronik. Betul kan?  Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

set atasi senggugut

SENGGUGUT atau dikenali sebagai Dysmenorrhoea merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan terdapat dalam 2 jenis iaitu Senggugut Primer dan Senggugut Sekunder.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil Senggugut Primer, sementara Senggugut Sekunder adalah sakit yang menyerang apabila setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid. Senggugut Sekunder biasanya disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.



Senggugut Primer



Senggugut Primer adalah akibat pengecutan dinding rahim lebih kuat daripada biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat daripada itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan kepada pesakit. Ada sebahagian 'sembuh' dari sakit ini setelah melalui proses kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku kepada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada awal umur 20-an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami kesakitan ketika haid ini. 

Senggugut Primer biasanya menyerang beberapa jam sebelum haid atau bersama aliran darah. Ia selalunya berlaku bersama kehadiran simptom2 seperti berikut :-

  • Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki
  • Sakit yang datang secara 'crampy'/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya
  • Tegang payudara
  • Pening kepala
  • Rasa 'pitam'
  • Perut kembung
  • Rasa mual dan muntah2
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Tekanan emosi/rasa letih/muram/cepat marah
  • Kesakitan akibat Senggugut Primer ini biasanya melebihi 24 jam dan akan berkurangan dalam masa 1 hingga 2 hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit akan hilang.
Kenapa Ia Berlaku?
Banyak sebab telah diperkatakan berkenaan kenapa senggugut boleh berlaku. Namun, sejenis hormon yang dikenali sebagai prostaglandin sering disabitkan dengan Senggugut Primer. Hormon ini bertanggunjawab dalam proses pengecutan rahim. Namun paras hormon prostaglandin yang tinggi pada sesetengah wanita, menyebabkan pengecutan yang lebih ekstrem lalu menimbulkan rasa sakit ketika haid.

Senggugut Sekunder


Senggugut ini disebabkan oleh patologi di bahagian pelvis dan rahim dan biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Di atara sebab-sebab berlakunya Senggugut Sekunder ialah :-

  • Endometriosis -- sel yang melapisi dinding rahim bermigrasi (berpindah) ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid. Selalunya setelah pengaliran haid, ia akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. 
  • Fibroid -- 'tumor' atau ketumbuhan bukan barah dari otot dan tisu dari dalam rahim dan dipengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvik (PID) -- keadaan ini disering disabitkan dengan Senggugut Sekunder, tetapi ada juga sebahagiannya sakitnya bereterusan dan tidak berkaitan dengan haid langsung. Kesakitan yang berkaitan dengan Senggugut Sekunder selalunya bersangkut paut dengan aktiviti prostaglandin.
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Faktor Risiko
Faktor utama yang boleh menjadi penyebab wanita berisiko mengalami senggugut ialah baligh pada awal umur (11 tahun atau lebih awal) dan/atau sejarah keluarga yang juga mempunyai masalah senggugut.

Apakah Kaedah Rawatan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Senggugut?


Rawatan Senggugut Primer
Tanpa Ubat :
  • Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.
  • Tuam bahagian abdomen yang sakit dengan sesuatu yang suam. Cth : Letakkan air suam ke dalam botol & gunakan sebagai 'tungku' untuk meredakan kesakitan.
  • Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
  • Teknik relaksasi (banyakkan berzikir, taichi, yoga dll)
  • Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
    Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Dengan Ubat :- 
  • Sekiranya gagal dengan kaedah tanpa ubat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari klinik yang berdekatan.
  • Biasanya doktor akan menyarankan ubat penahan sakit seperti paracetamol/panadol, ubat anti-prostaglandin seperti ibuprofen atau ponstan.
  • Pil perancang keluarga menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi daripada berlaku.

*NOTE : Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan 'threshold' sakit langsung memperlihatkan keadaan seolah2 senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa menjadi penyebab berlakunya keadaan yang demikian di antaranya termasuk anemia(kekurangan sel darah merah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress,diabetes, dan tahap nutrisi yang rendah - SUMBER

Rawatan Senggugut Sekunder


Ubatan lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti-inflamatori seperti paracetamol, Cox-2, anti-prostaglandin (ponstan)

Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Kes yang berpunca daripada masalah penyakit seperti fibroid dan endometriosis, rawatan secara pembedahan adalah definitif.

*NOTE : Kerap berlaku apabila ujian ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan mengalami sakit dan gejala2 seperti yang dinyatakan di atas. Apabila keadaan ini berlaku, wanita tersebut dinasihatkan untuk menjalani rawatan laparokospi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat punca senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini, biopsi atau rawatan membakar sel2 endometriosis itu boleh dilakukan sekali - SUMBER

Komplikasi

Komplikasi kepada Senggugut Sekunder bergantung kepada penyebabnya, Sekiranya jangkitan kuman pada sistem pelvik boleh menyebabkan kesan lekatan (scar) pada tiub fallopian dan mengganggu sistem reproduktif, kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik (kandungan luar rahim). Endometriosis pula boleh menyebabkan kemandulan atau mengganggu kebolehan untuk mengandung.

Ramai yang memperkatakan bahawa senggugut adalah berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan (infertiliti). Ini adalah tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal. 


Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campur adukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


Salah satu brand produk yang telah menjalani kajian klinikal dan dijamin selamat ialah Shaklee.. Jika anda mengalami masalah senggugut, anda disarankan untuk mendapatkan bekalan nutrisi yang lengkap bagi mengatasi masalah tersebut. Cubalah Set Senggugut Shaklee yang berkesan membantu mengurangkan simptom2 senggugut. ^_~

credit : rosmizaali.com

set senggugut shaklee

Shaklee GLA Complex 

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Shaklee Ostematrix

  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

Shaklee B-complex


  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Sebarang pertanyaan mengenai produk atau ingin membuat pembelian boleh whatsapp saya yer..

JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, SerdangPENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!



Tuesday, 4 August 2015

Set Kecantikan Kulit

Fitrah manusia cinta dan suka kepada kecantikan. Sekarang ni terdapat pelbagai pilihan produk dan rawatan untuk kelihatan cantik dari yang murah hingga yang mahal. Terpulang pada bajet anda. Pasti ramai yang akan mengguna stu produk untuk mengekalkan kecantikan.. Sama juga dengan saya, pilih yang TERBAIK untuk kecantikan dalaman dan luaran saya.

Jika anda inginkan produk yang selamat, semulajadi dan berkesan apakata anda mencuba set kecantikan Shaklee. Ramai yang telah berpuas hati selepas menggunakan set kecantikan Shaklee ini.


Apa fungsi setiap vitamin dalam Set Kecantikan Shaklee dan bagaimana ia membantu mencantikkan kulit?

B Complex
  • Vitamin B melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing). 
  • Vitamin B juga mengekalkan kulit dalam keadaan hidrasi (tidak kering). Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan. 
Vitamin E
  • Sejenis antioksida yang menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel. 
  • Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar. 
  • Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia). 
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan). 
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit. 
  • Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat. 
Vitamin C
  • Membentuk kolagen. Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari, untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee? Hubungi saya..


JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

Wednesday, 22 July 2015

B Complex, Naikkan Selera Makan?


Sejak akhir ini timbul isu mengenai B-Complex yang kononnya di katakan menjadi penyebab gemuk. Ramai mengadu bahawa mereka menjadi kerap lapar selepas beberapa hari mengambil B-Complex. Hari ini kita akan fahami info tentang B-Complex dan apakah ia menjadi penyebab sering lapar.


B-Complex dan Kurus

Adakah anda tahu? B-Complex sebenarnya membantu proses menurunkan berat badan.

Kawalan berat badan seperti selera makan, rasa lapar, kadar metabolisme, metabolisma lemak dan gula, pembakaran kalori dll berfungsi dengan efisyen dan cekap dengan pengambilan vitamin. Semua yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan optimum dan berat badan ideal.

Jadi adalah tidak berasas untuk menyatakan vitamin-vitamin tertentu sahaja BAIK untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, beberapa vitamin yang memang terbukti dapat mengawal berat badan wajar di beri perhatian.


Lebih menarik, antara vitamin dan mineral penting untuk penurunan berat badan ialah:

Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamin B6
Choline (part of B-complex)
Inositol (part of B-complex)
Vitamin C

Vitamin C membantu dalam menyempurnakan proses penukaran gula kepada tenaga di dalam sel.v Menarik. Nampaknya kita tidak boleh 100% mengatakan B-Complex punca selera meningkat, berat badan naik kerana sebenarnya B-Complex banyak membantu proses penurunan berat badan. Untuk anda yang mengamalkan B-Complex dan dalam masa yang sama ingin kurangkan berat badan, senang hatilah untuk meneruskan pengambilan B-Complex

Hubungan antara Vitamin B dan Berat Badan.


Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin termasuklah 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex pula adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga. Semua vitamin B-Complex adalah bersifat larut air. Ia menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Kesemua vitamin B-Complex ini akan bekerjasama untuk memenuhi fungsi masing-masing.. Jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak iaitu pada masa yang sama. Perkaitan antara Vitamin B dan penurunan berat badan ini hanya akan berlaku jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.


Jenis-Jenis Vitamin B

1. Vitamin B-1 (Thiamine)
Vitamin B-1 diperlukan untuk metabolisme yang sempurna bagi kanji dan gula, dengan tujuan untuk menghasil tenaga pada tubuh. B-1 membantu keberkesanan kesihatan sistem saraf. B-1 juga turut membantu jantung dan otot-otot lain untuk berfungsi dengan baik. Tahap tekanan yang tinggi, boleh meningkatkan keperluan bagi B-1. Sumber-sumber makanan bagi Vitamin B-1 adalah seperti, gandum bran, kacang soya, daging dan sirap pekat. Pengambilan alkohol, boleh menghalang penyerapan berkesan B-1. B-1 bertindak dengan lebih kesan dengan kehadiran, B-2, B-Complex, Niasin, Vitamin C, asid folik, mangan dan Vitamin E.

2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 membantu fungsi tiroid dengan betul dan menjaga metabolisme anda. Vitamin B2 adalah penting untuk metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. B2 juga perlu untukmembaiki kulit, rambut serta kuku. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malahan, B2 juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Orang yang melakukan senaman setiap hari sebenarnya, kehilangan B2, kerana mereka memerlukannya sebagai bekalan semasa bersenam. Sumber makanan untuk B2 adalah seperti susu, keju, telur, badam, bijirin dan sayur-sayuran.

3. Vitamin B3 (Niasin)
Vitamin B3 membantu dalam pengeluaran hormon tiroid. Sumber makanan yang dipercayai bagi Vitamin B3 adalah seperti tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.

4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)
Vitamin B5 merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan. Oleh kerana tenaga diperlukan untuk membuat senaman, jadi Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sumber makanan yang dipercayai adalah seperti, daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran, roti bijirin dan sayuran hijau. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan vitamin B5.

5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu. Vitamin B-6 membantu dalamperaturan dan pengeluaran tiroid. B6 juga turut memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul. Vitamin B6 membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik dan untuk metabolisme, asid amino yang banyak adalah perlu. Sumber makanan bagi vitamin B6 adalah seperti bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado, buah-buahan kering dan sirap pekat.

6. Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B7 juga dikenali dengan nama vitamin H. Peranan penting vitamin B7 atau biotin ini adalah untuk metabolisme lemak, protein dan juga karbohidrat (sama seperti vitamin B kompleks lainnya). Kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah pada rambut dan kuku. Tubuh manusia memerlukan 30 mcg Biotin setiap harinya. 

7. Vitamin B9 (Folic acid)
Asid folik atau vitamin B9 juga termasuk dari jenis vitamin B Compleks. Asid folik berperanan penting pada perpecahan danpertumbuhan sel. Ia juga sangat baik bagi ibu hamil dan kandungannya. Asid folik ini membentuk sel darah merah sehingga boleh mencegah penyakit anemia. Sumber makanan bagi Asid folik boleh didapati pada sayuran seperti bayam, lobak cina, kentang, tomato, dan lain-lain. 

8. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Vitamin B12 terlibat dalam metabolisme bagi hampir setiap sel di dalam badan. Maklumat khusus bagi Vitamin B12 ini agak sukar di cari, namun begitu, yang paling ketara adalah, B12 boleh mempengaruhi dalam sintesis DNA. Malahan, ia juga memberi kesan kepada sintesis asid lemak dan penghasilan tenaga. B12 adalah perlu dalam pencernaan, sistesis protein, penyerapan makanan, dan metabolisme lemak dan karbohidrat. Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang membantu dalam kekurangan vitamin B12. Sumber makanan bagi vitamin B12 adalah seperti daging, ikan dan telur.


Fungsi setiap Vitamin Kumpulan B

1. Thiamin
- Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
- Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf

2. Riboflavin
- Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga

3. Niasin
- Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
- Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.

4. Biotin
- Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen

5. Pyridoxine
- Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat

6. Folate
- Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah

7. Cyanocobalamin
- Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.


Bagaimana pula dengan B-Complex Shaklee? Apa perbezaannya?

Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka fungsi B-complex takkan berkesan kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. Cuba lihat botol B-complex anda..Cukup tak kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B.. Awas yea..Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.

  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 
  • Mudah di telan 
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.



Anda boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan vitamin B-Complex supaya badan lebih bertenaga, rasa lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang dihadapi.

Kalau nak tahu tips cara makan yang paling berkesan untuk PENURUNAN BERAT BADAN, pm saya. Nanti sy share yer..




JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!



Saturday, 30 May 2015

Kelebihan B Complex Shaklee

Shaklee B-complex

Para Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hamper 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


Kelebihan atau kekurangan salah satu daripadanya akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin-B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Jadi, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.




Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?


Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee. Antaranya;
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?


Ibu yang menyusukan (Rujuk: Set breastfeeding Shaklee)
Ibu yang hamil (Rujuk: Set Kehamilan Shaklee)
Ibu yang sedang berpantang (Rujuk: Set Berpantang Shaklee)
Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat (Rujuk: Set Kecantikan Kulit Shaklee)
Mereka yang ingin mendapatkan anak (Rujuk: Set Kesuburan Shaklee)
Mereka yang mengalami masalah migrain (Rujuk: Set Migrain Shaklee)
Mereka yang mengalami alahan/eczema (Rujuk: Set Alahan)
Mereka yang mengalami masalah rambut (Rujuk: Set Rambut Shaklee)
Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol (Rujuk: Set Kolestrol Shaklee)



BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)



Perbezaan Shaklee - Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

B-complex Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Kandungan Nutrisi B-complex Shaklee



MENGAPA URINE MENJADI KEKUNINGAN?

Ini merupakan situasi yang normal kerana B-Complex merupkan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.


credit: salwasaleh.com
Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi