Tuesday 26 April 2016

KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK IBU & BAYI

MENGAMBIL OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 perlu diperolehi dari diet pemakanan atau suplemen sebab ia tidak dihasilkan oleh badan kita. 

Kajian menunjukkan bahawa 2 jenis keluarga Omega-3 yang sangat bermanfaat adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). 

EPA berfungsi menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Jadi penting untuk wanita hamil dan menyusu.

IBU MAKAN, ANAK PUN DAPAT KESANNYA


Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung.  DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA. 

DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.

KEBAIKAN DAN MANFAAT OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Dan selepas lahir, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 dari ibu melalui susu ibu.

Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut :
  • meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.
  • mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • mencegah kelahiran pramatang ,
  • mengurangkan risiko pre-eklampsia dan
  • mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  • mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).

SUMBER OMEGA-3

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.

Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omegayang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.

DOS OMEGA-3 YANG DISYORKAN

ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) telah mewujudkan carta DOS MINIMUM yang disyorkan seperti berikut :

Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs : 32 mg / lb EPA + DHA

Kanak-kanak (18 bulan-15 tahun):
15 mg / lb EPA + DHA

Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

Wanita Hamil dan Menyusu:
300 mg DHA setiap hari

Sumber : norlizaothman.blogspot.my

Omega Guard mempunyai sifat mencairkan darah. Ibu - ibu yang mengambil Omega Guard dinasihatkan memberhentikan pengambilan sebaik sahaja memasuki minggu ke 2-3 sebelum tarikh dijangka bersalin.

Disini pentingnya ibu mendapat konsultasi yang betul apabila ingin mengambil sebarang suplemen.

Omega Guard Shaklee hanya sesuai apabila usia kandungan memasuki trimester ke-2 dan ke-3 sahaja! Iaitu mulai bulan ke 4 hingga ke 8 kehamilan.

Lagi best ambil Omega Guard ni semasa mengandung ialah, ia membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis yang kerap menyerang ibu hamil.
Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi