Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Tips Mengatasi Masalah kekurangan Platelet Secara Semulajadi

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kesihatan Jue makin better. So, hari ni ambik kesempatan menulis tentang platlet. Beberapa hari lepas Jue di diagnose dengan platlet yang sangat rendah, dalam masa satu hari platlet drop daripada 940 000 kepada 330 000 per mikroliter. Juga positif denggi walau sebenarnya tak ada pon simptom-simptom denggi macam demam, sakit sendi, ruam merah. Hehe..Doktor pon hairan..


Jom kita tengok apa tu platlet..

Apa Itu Platlet


Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kekurangan platelet boleh menyebabkan pendarahan dan Demam Berdarah Dengue (DBD) serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.Lalu membuka mata betapa bahayanya kekurangan platelet dalam darah. Ok,sebelum tu jom kenal-kenal dulu dengan platelet. 


Platelet ni dalam bahasa sains juga dikenali sebagai trombosit, keping darah atau plat darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang sangat penting. Platelet memiliki bentuk tidak seragam di mana ia juga tidak memiliki warna, tidak berisi, lebih kecil dari sel darah merah dan sel darah putih serta mudah pecah. 


Bagaimana Platelet Boleh Berkurang? 


Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilanganya berkurangan, dikhuatiri akan menyebaan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. 


Ada beberapa penyakit yang menyebabkan platelet berkurang atau rendah dan yang paling sinonim dengan negara kita Malaysia adalah Demam Denggi. Denggi sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kekurangan platelet juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, penyakit autoimun (platelet dibinasakan oleh system imun sendiri), kurang penghasilan platelet (anemia aplastik) dan bacteria dalam darah (bakteremia). Penyakit lain yang menyebabkan kekurangan platelet adalah seperti kanser, cacar air dan kesan radiasi. 

Mengapa Perlu Menaikkan Jumlah Platelet Dan Apakah Kesan Kekurangan? 


Platelet merupakan sel kecil di dalam darah yang berfungki sebagai agen pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Platelet yang normal boleh hidup dalam jangka masa 8 hingga 12 hari dalam aliran darah dan sel-sel baru akan dihasilkan oleh sum-sum tulang secara berterusan. Fungsi inilah yang amat penting bagi tubuh kita kerana apabila platelet rendah, pendarahan yang berlebihan akan berlaku dan boleh mengancam nyawa. 


Namun begitu, sekiranya kekurangan platelet dirawat dengan cepat, kandungan platelet dalam darah mampu untuk naik secara sendirinya. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana cara yang efektif untuk menaikkan jumlah platelet.

Tanda-tanda Sekiranya Anda Mengalami Platlet Rendah

Selain pemeriksaaan darah, ia juga boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:

  1. Kulit mudah menjadi lebam walaupun hanya dicubit perlahan
  2. Terdapat ruam dan bin bintik-bintik merah di kulit
  3. Pendarahan luka yang sukar berhenti
  4. Pendaran tiba-tiba pada gusi dan hidung
  5. Pendarahan dalam air kencing atau najis
  6. Alihan haid yang banyak secara luar biasa

TIPS MENAIKKAN JUMLAH PLATLET DENGAN CEPAT SECARA SEMULAJADI. 


Firstly sekiranya kelihatan simptom seperti demam berpanjangan, hidung berdarah dan keluar bintik-bintik merah pada kulit, sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Antara tips menaikkan jumplah platelet : 


1. Mengambil diet yang sihat. 

Pengambilan buah-buahan dan sayur segar mampu meningkatkan jumlah platelet seperti sayur hijau,buah limau, tomato dan kiwi.


2. Jauhi makanan yang tidak sihat. 

Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alcohol dan minuman berkafein. makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sum sum tulang. 


3. Mengambil makanan yang mengandingi Vitamin B12 dan tinggi asid folik. 

Vitamin B12 dan asid folik amat penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet. Antara makanan yang tinggi asid folik adalah bayam, buah limau, dan kekacang. manakala makanan yang mengandungi Vitamin B12 adalah seperti telur, susu, keju, dan daging kambing. 


4. Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3. 

Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber omega 3 adalah seperti ikan, minyak ikan , tuna dan ikan salmon liar. 


5. Vitamin dan Mineral (Suppliment). 

Ini adalah cara terbaik sekiranya anda sukar untuk mendapatkan khasiat serta zat-zat dari tumbuhan,sayuran mahupun makanan berkhasiat yang disenaraikan. Pengambilan vitamin C 1000mg sehari mampu meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi . Suppliment meningkatkan daya tahan badan disamping mempercepatkan proses pemulihan kerana vitamin ini mudaha larut dalam air dan mudah diserap oleh tubuh. 


6. Pengambilan air suam setiap hari. 

Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. sekiranya anda mengambil banyak air,ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet. 


7. Tidur dan rehat secukupnya. 

Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. 


8. Elakkan Ubat tertentu. 

Mengelak dari mengambil ubat seperti ubat tahan sakit dan demam dimana mampu melambatkan proses penghasilan platelet dan merencatkan fungsinya. 


Bagaimana Untuk Mengambil Semua Sumber Makanan di Atas dengan Lebih Mudah dan Cepat?? 


Di Shaklee,semua suppliment adalah semulajadi. Oleh itu,anda juga boleh mencuba suppliment Shaklee yang bagus untuk meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi antaranya: 


1. Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


2. Vitalea Membantu dalam pembentukan sel darah merah Membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang baik Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah Melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh. 


3. Omega Guard Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah Meningkatkan sistem imun. Mengurangkan tekanan atau stress Merangsang kesihatan hati 


4. B-Complex Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet Melawan tekanan atau anti stress Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah 


5. Vitamin C Sustained Released. Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi. Membantu penyerapan nutrient secara optimum Membaiki simptom pendarahan Meningkatkan sistem imunisasi MEnghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh. 


6. Performance Drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Setelah mencuba cara-cara di atas,anda disarankan untuk membuat pemeriksaan semula terhadap jumlah platelet anda. Semoga cepat sembuh!








credit: healthyvitagarden.com

Thursday, 3 September 2015

Hidrat Bertenaga dengan Performance Drink


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan


Performance Drink


Penghilang Dahaga untuk Si Juara 


Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan  keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik......

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Monday, 18 May 2015

Mengapa Cepat Penat, Letih & Mengantuk?

Faktor Badan Cepat Letih


Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut pasal badan selalu rasa letih, penat, lemah lesu. Padahal kerja dalam bilik berhawa dingin. Ada tu yang banyak duduk daripada berjalan atau berdiri. Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:
                           

1. Diet yang tidak seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.

2. Kurang minum air kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.

3. Kurang sel darah merah. Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

4. Sentiasa dehidrasi. Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.

5. Tekanan emosi. Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita. 

6. Kurang tidur. Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.




7.Tidak bersarapan. MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.

8. Terlalu banyak kafein. Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.

9. Kurang zat besi dan vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.

10. Kurang hormone Tiroid. - Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.



Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.


11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

12. Kurang tenaga.  Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan].  Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

14. Lemah jantung. Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

15. Diabetis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.



Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.



Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini. Set optimum 'energy booster' sangat membantu dalan mengembalikan tenaga bagi mengurangkan dan menghilangkan rasa letih dan lesu.

Jom tengok apa ada dalam set 'energy booster' ni.


ESP >> Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun

CINCH TEA >> Mengandungi taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

PERFORMANCE DRINK >> Membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal serta keseluruhan tubuh.

VITALEA >> Penambahan tenaga segera untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental

B-COMPLEX >> memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 


Monday, 6 April 2015

Makanan untuk Kesihatan Minda

Kesihatan minda

Otak adalah pusat sistem saraf (bahasa Inggriscentral nervous system, CNS) pada vertebrata dan banyak invertebrata lainnya. Otak/minda adalah untuk mengawal perkara yang sering kita lakukan seperti pemikiran, perasaan, kelakuan, interaksi dan daya ingatan. 


Tanda minda yang sihat



  • Positif
  • Gembira
  • Badan sentiasa sihat
  • Lebih bijak
  • Lebih berjaya

Antara lain perkara yang membantu kesihatan otak adalah hubungan sosial yang positif, aktiviti fizikal dan senaman yang baik, pembelajaran baru, sentiasa rasa syukur, cukup tidur (otak perlu menyahkan bahan yang tidak diperlukan ketika tidur) dan makan suplemen yang baik. 

Manusia kehilangan 1g otak setahun. Ini bermakna, fungsi otak mula menyusut melalui proses penuaan.



Apabila pemakanan otak tidak seimbang dengan penggunaan otak, maka wujudlah keletihan otak atau “Mind Fatigue”.
  • Malas
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang Daya Pemahaman
  • Kurang Daya Tumpuan
  • Mudah Resah, Gementar atau Gugup
  • Mudah Risau atau Bimbang
  • Mengalami Tekanan atau Stress
  • Mudah Marah
  • Mudah Keliru
  • Mengalami Gangguan Emosi
  • Penyakit Parkinson
  • Penyakit Alzheimer
Tanda-tanda umum:
  • Keletihan
  • Mudah Mengantuk
  • Kurus
  • Gemuk
  • Kerap Pening atau Sakit Kepala
  • Mudah Mendapat Penyakit
  • Kerap Mengambil Ubat-Ubat Berkimia
  • Cedera Melibatkan Kepala
  • Kerap Pitam atau Pengsan
  • Berpenyakit Kronik
  • Masalah Haid (Pelajar Perempuan)
Faktor penyumbang pula:
  • Waktu Makan Tidak Menentu
  • Selera Makan Tidak Menentu
  • Tidak Gemarkan Sayur dan Buah-buahan
  • Gemarkan Makanan Segera
  • Gemarkan Makanan Ringan
  • Gemarkan Minuman Berkabonat
  • Gemarkan Minuman Mengandungi Caffein
  • Aktif Bersukan atau Aktiviti Lasak

Makanan untuk otak:

Makanan utama otak adalah Glukosa, Oksigen dan Darah. Diet harian yang sihat mampu membekalkan makanan yang baik kepada otak. Pengambilan supplemen yang terbaik juga mampu membuatkan fungsi otak meningkat dan seterusnya menjaga kesihatan otak.

Antara suplemen yang terbaik untuk otak adalah omega-3. Omega-3 berfungsi sebagai bahan pengaktifan otak. Selain itu, omega-3 juga mampu meningkatkan dan melancarkan pengaliran darah ke otak, menguatkan synapse otak, mengurangkan keradangan dan membantu melawan penyakit degrenatif. DHA yang yang terkandung dalam omega- pula membantu meningkatkan pembelajaran dan daya ingatan.


Apa yang boleh disarankan untuk pemakanan otak adalah:
Vivix - mengimpak empat mekanisma utama penuaan selullar
         - boleh mengurangkan penghalisan plak ameliod yang menjadi punca utama kerosakan otak

Lecithin - untuk memperbaiki acetilcolina (neurotransmitter yang terpencil)
               - memperbaiki daya ingatan dan kapasiti mental

Omega Guard - mengandungi EPA dan DHA yang bersamaan dengan 900mg omega-3 yang sangat                               diperlukan oleh otak.
                          Omega-3 berfungsi untuk meningkatkan aliran darah ke otak, mengurangkan                                         keradangan, menguatkan 'synapse' otak dan mengaktifkan otak.

B-Complex - meningkatkan neurotransmitter
                    - mengubah gula menjadi tenaga dan meningkatkan penghasilan tenaga

Performance Drink - mengandungi 2 elektrolit utama iaitu Natrium dan potassium untuk otak
                                  - memberi tenaga yang berpanjangan
                                  - menambahkan tahap pemfokusan



JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!


Alzheimer (Nyanyuk) - mencegah dan mengubati

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Bagaimana ianya terjadi?
Satu kajian yang pertama kali dilakukan mendapati otak pesakit alzheimer bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).
Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.



Simptom Alzheimer
Gejala ringan - Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan.
Gejala sederhana - Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air.
Gejala serius - Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat.

Individu yang berisiko Alzheimer
  • Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kencing manis (diabetes)
  • Kurang melakukan senaman
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.

Alzheimer merapakan sejenis demensia yang tidak boleh diubati tetapi, ubat-ubatan boleh ditetapkan yang boleh menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh masa yang lama. Ini biasanya ditetapkan kepada pesakit diperingkat awaldan pertengahan penyakit. Kemurungan adalah perkara biasa kepada pesakit Alzheimer. Oleh itu, doktor akan mempertimbangkan untuk menetapkan ubat antidepresion.

Suplemen yang boleh membantu mengurangkan gejala Alzheimer
Antara ikhtiar yang boleh diberikan dan dilakukan kepada pesakit Alzheimer adalah memberi makanan sihat untuk otak. Makanan sihat untuk otak adalah perlu untuk sepanjang masa, dan bukanlah hanya ketika kesihatan otak mula terjejas.

Apa yang boleh disarankan untuk pemakanan otak adalah:
Vivix - mengimpak empat mekanisma utama penuaan selullar
         - boleh mengurangkan penghalisan plak ameliod yang menjadi punca utama kerosakan otak

Lecithin - untuk memperbaiki acetilcolina (neurotransmitter yang terpencil)
               - memperbaiki daya ingatan dan kapasiti mental

Omega Guard - mengandungi EPA dan DHA yang bersamaan dengan 900mg omega-3 yang sangat                               diperlukan oleh otak.
                          Omega-3 berfungsi untuk meningkatkan aliran darah ke otak, mengurangkan                                         keradangan, menguatkan 'synapse' otak dan mengaktifkan otak.

B-Complex - meningkatkan neurotransmitter
                    - mengubah gula menjadi tenaga dan meningkatkan penghasilan tenaga

Performance Drink - mengandungi 2 elektrolit utama iaitu Natrium dan potassium untuk otak
                                  - memberi tenaga yang berpanjangan
                                  - menambahkan tahap pemfokusan

                             


JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!


Sunday, 8 March 2015

Performance Drink

Apa Itu Performance Drink?







1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.



2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.



Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau .. seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan


Penghilang Dahaga untuk Si Juara 
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan  keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik......


Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.


Jaminan Ketulenan Shaklee


Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Sumber Shaklee Malaysia


Testimoni drpd Kawan Husband Puan Lia UmmiIrfan



"..Mi, sudah try PD semalam, 36km, mmg lain rasa power dia, sebelum ni 36km  2jam 10minit, semalam 59 minit, lepas tu x rasa penat pun, sebelum ni mmg tak larat nak gune chainring besar, tp semalam boleh menten chainring besar 30%, semalam naik bukit f1 steady...tq mie produk power ni.." ~ Enche Ijol



      Banyak atlet bertaraf dunia seperti Gary Hall Jr., Mia Hamm, Kent Bostick, Laura Dias, Carly Piper, Shannon Porges, Pasukan Ski AS dan US Snowboarding menggunakan Performance Drink. Angkasawan NASA juga menggunakan Performance Drink dalam ekspedisi mereka.



Performance Drink Shaklee juga telah membantu kejayaan pelbagai project seperti Mount Everest Expedition, Daedalus Project, Perlumbaan Kerusi Roda, Lumba Basikal, Ekspedisi Kutub Utara dan Pemain Bola Sepak.


Siapa yang perlukan Performance Drink ?

1. Mereka yang aktif bersukan
2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
3. Mereka yang menghidap gout.
4. Ibu yang menyusukan anak.
5. Mereka yang kurang minum air.
6. Mereka yang kerap sakit kepala.
7. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
8. Kanak-kanak yang demam.
9. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.





JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!
Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi