Tuesday 10 November 2015

Tips Mengatasi Masalah kekurangan Platelet Secara Semulajadi

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kesihatan Jue makin better. So, hari ni ambik kesempatan menulis tentang platlet. Beberapa hari lepas Jue di diagnose dengan platlet yang sangat rendah, dalam masa satu hari platlet drop daripada 940 000 kepada 330 000 per mikroliter. Juga positif denggi walau sebenarnya tak ada pon simptom-simptom denggi macam demam, sakit sendi, ruam merah. Hehe..Doktor pon hairan..


Jom kita tengok apa tu platlet..

Apa Itu Platlet


Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kekurangan platelet boleh menyebabkan pendarahan dan Demam Berdarah Dengue (DBD) serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.Lalu membuka mata betapa bahayanya kekurangan platelet dalam darah. Ok,sebelum tu jom kenal-kenal dulu dengan platelet. 


Platelet ni dalam bahasa sains juga dikenali sebagai trombosit, keping darah atau plat darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang sangat penting. Platelet memiliki bentuk tidak seragam di mana ia juga tidak memiliki warna, tidak berisi, lebih kecil dari sel darah merah dan sel darah putih serta mudah pecah. 


Bagaimana Platelet Boleh Berkurang? 


Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilanganya berkurangan, dikhuatiri akan menyebaan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. 


Ada beberapa penyakit yang menyebabkan platelet berkurang atau rendah dan yang paling sinonim dengan negara kita Malaysia adalah Demam Denggi. Denggi sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kekurangan platelet juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, penyakit autoimun (platelet dibinasakan oleh system imun sendiri), kurang penghasilan platelet (anemia aplastik) dan bacteria dalam darah (bakteremia). Penyakit lain yang menyebabkan kekurangan platelet adalah seperti kanser, cacar air dan kesan radiasi. 

Mengapa Perlu Menaikkan Jumlah Platelet Dan Apakah Kesan Kekurangan? 


Platelet merupakan sel kecil di dalam darah yang berfungki sebagai agen pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Platelet yang normal boleh hidup dalam jangka masa 8 hingga 12 hari dalam aliran darah dan sel-sel baru akan dihasilkan oleh sum-sum tulang secara berterusan. Fungsi inilah yang amat penting bagi tubuh kita kerana apabila platelet rendah, pendarahan yang berlebihan akan berlaku dan boleh mengancam nyawa. 


Namun begitu, sekiranya kekurangan platelet dirawat dengan cepat, kandungan platelet dalam darah mampu untuk naik secara sendirinya. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana cara yang efektif untuk menaikkan jumlah platelet.

Tanda-tanda Sekiranya Anda Mengalami Platlet Rendah

Selain pemeriksaaan darah, ia juga boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:

  1. Kulit mudah menjadi lebam walaupun hanya dicubit perlahan
  2. Terdapat ruam dan bin bintik-bintik merah di kulit
  3. Pendarahan luka yang sukar berhenti
  4. Pendaran tiba-tiba pada gusi dan hidung
  5. Pendarahan dalam air kencing atau najis
  6. Alihan haid yang banyak secara luar biasa

TIPS MENAIKKAN JUMLAH PLATLET DENGAN CEPAT SECARA SEMULAJADI. 


Firstly sekiranya kelihatan simptom seperti demam berpanjangan, hidung berdarah dan keluar bintik-bintik merah pada kulit, sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Antara tips menaikkan jumplah platelet : 


1. Mengambil diet yang sihat. 

Pengambilan buah-buahan dan sayur segar mampu meningkatkan jumlah platelet seperti sayur hijau,buah limau, tomato dan kiwi.


2. Jauhi makanan yang tidak sihat. 

Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alcohol dan minuman berkafein. makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sum sum tulang. 


3. Mengambil makanan yang mengandingi Vitamin B12 dan tinggi asid folik. 

Vitamin B12 dan asid folik amat penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet. Antara makanan yang tinggi asid folik adalah bayam, buah limau, dan kekacang. manakala makanan yang mengandungi Vitamin B12 adalah seperti telur, susu, keju, dan daging kambing. 


4. Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3. 

Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber omega 3 adalah seperti ikan, minyak ikan , tuna dan ikan salmon liar. 


5. Vitamin dan Mineral (Suppliment). 

Ini adalah cara terbaik sekiranya anda sukar untuk mendapatkan khasiat serta zat-zat dari tumbuhan,sayuran mahupun makanan berkhasiat yang disenaraikan. Pengambilan vitamin C 1000mg sehari mampu meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi . Suppliment meningkatkan daya tahan badan disamping mempercepatkan proses pemulihan kerana vitamin ini mudaha larut dalam air dan mudah diserap oleh tubuh. 


6. Pengambilan air suam setiap hari. 

Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. sekiranya anda mengambil banyak air,ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet. 


7. Tidur dan rehat secukupnya. 

Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. 


8. Elakkan Ubat tertentu. 

Mengelak dari mengambil ubat seperti ubat tahan sakit dan demam dimana mampu melambatkan proses penghasilan platelet dan merencatkan fungsinya. 


Bagaimana Untuk Mengambil Semua Sumber Makanan di Atas dengan Lebih Mudah dan Cepat?? 


Di Shaklee,semua suppliment adalah semulajadi. Oleh itu,anda juga boleh mencuba suppliment Shaklee yang bagus untuk meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi antaranya: 


1. Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


2. Vitalea Membantu dalam pembentukan sel darah merah Membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang baik Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah Melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh. 


3. Omega Guard Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah Meningkatkan sistem imun. Mengurangkan tekanan atau stress Merangsang kesihatan hati 


4. B-Complex Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet Melawan tekanan atau anti stress Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah 


5. Vitamin C Sustained Released. Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi. Membantu penyerapan nutrient secara optimum Membaiki simptom pendarahan Meningkatkan sistem imunisasi MEnghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh. 


6. Performance Drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Setelah mencuba cara-cara di atas,anda disarankan untuk membuat pemeriksaan semula terhadap jumlah platelet anda. Semoga cepat sembuh!








credit: healthyvitagarden.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi