Saturday, 2 May 2015

Kolesterol Tinggi & Set Shaklee

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.


Kolesterol Tinggi merupakan senyawa lemak kompleks, yang 80% dihasilkan dari dalam tubuh (organ hati) dan 20% sisanya dari luar tubuh (zat makanan) untuk bermacam-macam fungsi di dalam tubuh, antara lain membentuk dinding sel. Kolesterol yang berada dalam zat makanan yang kita makan dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Tetapi, sejauh pemasukan ini seimbang dengan kebutuhan, tubuh kita akan tetap sihat. Kolesterol tidak larut dalam cairan darah, untuk itu agar dapat dikirim ke seluruh tubuh perlu dikemas bersama protein menjadi partikel yang disebut Lipoprotein, yang dapat dianggap sebagai “Pembawa” (carier) kolesterol dalam darah.


Pada dasarnya kolesterol bukanlah penyakit jika dalam jumlah yang normal, yaitu 200mg/dL darah. Dan itu adalah jumlah total dari dua jenis kolesterol, yaitu LDL + HDL. Kolesterol akan menjadi sangat berbahaya bagi tubuh jika jumlahnya lebih dari batas normal.

Terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:
  • Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
  • Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
                                                 

LDL adalah kolesterol jahat kerana kadar lemaknya yang sangat tinggi membuatnya mudah menempel di dinding pembuluh darah. Sedangkan HDL dikenal sebagai kolesterol baik kerana kandungan proteinnya yang tinggi. HDL bertugas untuk membawa kelebihan kolesterol yang dibawa oleh LDL ke organ hati untuk kembali diproses dan diturunkan kadar kolesterolnya.
Dengan begitu HDL berperanan besar dalam pencegahan menempelnya lemak dan kolesterol jahat pada dinding pembuluh darah. Level minimal HDL yang diperlukan tubuh adalah 60mg/dL (desiliter).
                        

Faktor Penyebab Kolesterol Tinggi

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kolesterol menjadi tinggi, diantaranya ada faktor yang tidak dapat dikontrol dan faktor yang dapat di kontrol.
  1. Faktor yang tidak dapat di kontrol meliputi : Keturunan, apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak memiliki bakat unutk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua. Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Pada orang lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. pada wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopause.
  2. Faktor yang dapat dikontrol meliputi : Makanan telalu banyak lemak, seperti mentega, biskut, dan fast food (makanan siap saji), kelebihan berat badan, Kurang bersukan, merokok, gaya hidup yang tidak sihat, stress, diabetes mellitus, minum kopi berlebihan, diet yang salah, obesiti.


Ciri – ciri kolesterol tinggi :

  1. Rasa berat di tengkuk
  2. Cepat mengantuk
  3. Kesemutan/kebas kaki dan tangan
  4. Timbunan bintik2 lemak di atas kelopak mata
  5. Mudah lelah/penat
  6. Sering sakit kepala

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

MENGAWAL DIET Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Pengambilan konsisten supplemen Shaklee dan mengamalkan tips penggunaan yang betul akan membantu anda.

Set Kolestrol Shaklee adalah:



Vivix – Mengimpak 4 mekanisma penuaan selular

Phytocol-ST – Menghalang pembentukan kolestrol baru


Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.



Vita-C – vitamin C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arter


Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah dan menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas.

B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol

Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Lecithin – Cholin dan inositol berfungsi dalam metabolisma lemak




JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi