Tuesday 8 September 2015

Rendahnya Indeks Glisemik ESP

Apa itu Indeks Glisemik



GI= indeks glisemik/glycemic index
Indeks glisemik (GI) adalah bagi mengukur kesan karbohidrat pada tahap gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa pencernaan. Jika glukosa dilepaskan secara cepat ke dalam darah maka ia bermakna karbohidrat yang diambil mempunyai GI tinggi, sedangkan karbohidrat yang terurai lebih lambat, melepaskan glukosa secara berperingkat ke dalam aliran darah, mempunyai GI yang lebih rendah. 


Sebelum tu kenalah tau apa kebaikan makanan GI rendah ni..

1. Makanan rendah GI merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dan mereka yang berpuasa kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. 


2. Makanan rendah GI mengelakkan kita daripada mengantuk selepas makan. Hal ini kerana apabila kadar glukos yang stabil dalam darah mengekalkan tenaga lebih lama setelah makan dan mengelakkan rasa mengantuk.


3. Makanan rendah GI membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Pesakit kencing manis sangat digalakkan mengambil makanan yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.


4. Pengambilan makanan rendah GI dapat membantu mengurangkan kolestrol.


Makanan Rendah GI? Apa tu?




ESP mempunyai Indeks Glisemik 39 sahaja iaitu GI yang rendah (di bawah 55).


Perbandingan paras peningkatan dan penurunan paras glukosa bagi makanan berasaskan protein soya segera, ESP dan makanan berasaskan karbohidrat sahaja.

Mengambil karbohidrat dengan GI yang tinggi menyebabkan peningkatan drastik dalam paras glukosa darah. Tenaga dibebaskan dengan cepat, namun paras glukosa juga akhirnya menurun dengan cepat menyebabkan kita kembali lapar dan perlu makan semula. Ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan tinggi GI: Roti putih, nasi beras putih.

Mengambil makanan GI rendah pula membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ini menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu kita untuk kekal bertenaga. Rasa kenyang lebih lama dan menyebabkan kita tidak berasa perlu untuk makan lebih banyak.

Contoh makanan rendah GI: yogurt rendah lemak, roti gandum dengan kepingan ayam atau daging.


*Pengambilan makanan yang lambat dicerna seperti makanan berprotein tinggi sangat membantu dan berfungsi seperti diet rendah GI juga.


ESP Shaklee: Minuman Protein tinggi dan diet rendah GI?


Ya. ESP adalah dalam kategori makanan rendah GI dengan gred GI cuma 39 sahaja. Dengan segelas ESP sahaja, anda telah mengambil sejumlah 14gram protein yang mampu membuat anda berasa kenyang lebih lama. ESP membantu untuk bertahan dari rasa lapar lebih lama dan sangat membantu memberikan tenaga berpanjangan untuk mereka yang aktif dan sentiasa menggunakan tenaga dalam aktiviti harian.

Ingin menurunkan berat badan?

Para penyelidik di Fakulti Biologi, Universiti Copenhagen telah mengesahkan bahawa kebanyakan penasihat kesihatan (berat badan) mendakwa bahawa: makan dengan diet yang tinggi protein dan sedikit kalori kanji(rendah GI) dapat membantu mengurangkan berat badan. -Zestfulness

Ingin mengekalkan paras glukosa yang sihat bagi pesakit kencing manis?

Semakin tinggi nilai GI sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. ESP adalah diet rendah GI yang membantu memastikan insulin dirembeskan dengan kadar yang lebih perlahan sesuai dengan keperluan pesakit kencing manis.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi