Monday 6 April 2015

Alzheimer (Nyanyuk) - mencegah dan mengubati

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Bagaimana ianya terjadi?
Satu kajian yang pertama kali dilakukan mendapati otak pesakit alzheimer bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).
Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.



Simptom Alzheimer
Gejala ringan - Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan.
Gejala sederhana - Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air.
Gejala serius - Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat.

Individu yang berisiko Alzheimer
  • Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kencing manis (diabetes)
  • Kurang melakukan senaman
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.

Alzheimer merapakan sejenis demensia yang tidak boleh diubati tetapi, ubat-ubatan boleh ditetapkan yang boleh menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh masa yang lama. Ini biasanya ditetapkan kepada pesakit diperingkat awaldan pertengahan penyakit. Kemurungan adalah perkara biasa kepada pesakit Alzheimer. Oleh itu, doktor akan mempertimbangkan untuk menetapkan ubat antidepresion.

Suplemen yang boleh membantu mengurangkan gejala Alzheimer
Antara ikhtiar yang boleh diberikan dan dilakukan kepada pesakit Alzheimer adalah memberi makanan sihat untuk otak. Makanan sihat untuk otak adalah perlu untuk sepanjang masa, dan bukanlah hanya ketika kesihatan otak mula terjejas.

Apa yang boleh disarankan untuk pemakanan otak adalah:
Vivix - mengimpak empat mekanisma utama penuaan selullar
         - boleh mengurangkan penghalisan plak ameliod yang menjadi punca utama kerosakan otak

Lecithin - untuk memperbaiki acetilcolina (neurotransmitter yang terpencil)
               - memperbaiki daya ingatan dan kapasiti mental

Omega Guard - mengandungi EPA dan DHA yang bersamaan dengan 900mg omega-3 yang sangat                               diperlukan oleh otak.
                          Omega-3 berfungsi untuk meningkatkan aliran darah ke otak, mengurangkan                                         keradangan, menguatkan 'synapse' otak dan mengaktifkan otak.

B-Complex - meningkatkan neurotransmitter
                    - mengubah gula menjadi tenaga dan meningkatkan penghasilan tenaga

Performance Drink - mengandungi 2 elektrolit utama iaitu Natrium dan potassium untuk otak
                                  - memberi tenaga yang berpanjangan
                                  - menambahkan tahap pemfokusan

                             


JURAIDAH AB. RAHMAN
pm / whatsapp / telegram : 0195671750
Add & pm Fb : Jue Rahman

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
COD AREA : Kajang, Semenyih, Bangi, Serdang
PENGHANTARAN : SELURUH MALAYSIA!!!


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi