Krisis Pemulihan (Healing Crisis)
Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian
apabila mula mengambil dietary supplement.
Simptom-simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya adalah
TINDAKBALAS OLEH TUBUH kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat
pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh
suplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan
penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali.
Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang
lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di
dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama – sisa-sisa, makanan berkimia,
lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik
atau pengambilan ubat-ubatan. Dietary
supplement membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan
detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening,
kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit,
kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan lain-lain.
Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu satu hingga dua
bulan.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, disarankan agar
minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan
buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah
melalui fasa ini.
Berikut adalah contoh krisis pemulihan yang biasa dialami
oleh tubuh.
0 comments:
Post a Comment