Radiasi UV dan kesannya
Sinar matahari adalah sumber utama bagi semua makhluk yang hidup. Sinar matahari memiliki manfaat yang besar untuk kehidupan mahupun kesihatan. Seperti yang kita tahu, apabila tiada sinar matahari, maka pakaian yang dijemur tidak akan kering, tumbesaran pokok memjadi bantut akibat kurangnya sinar matahari. Begitu juga dari segi kesihatan, sinar matahari berguna untuk meningkatkan fungsi hati yang efektif dalam mengubati penyakit kuning.
Namun begitu, manfaat untuk kesihatan kulit merupakan manfaat dari sinar matahari di waktu pagi sahaja. Sinar matahari bermula tengah hari sehingga petang adalah kurang baik untuk kesihatan.
Radiasi UV dan kesannya
Aktiviti yang padat setiap hari di luar rumah membuatkan kita mahu atau tidak bersentuhan langsung dengan sinar matahari. Sinar matahari mengandungi sinar ultraviolet (UV) yaitu UVA dan UVB yang kurang baik bagi kesihatan kulit. Dengan merosakkan sel-sel DNA kulit, radiasi UV yang berlebihan menghasilkan mutasi genetik yang boleh menyebabkan kanser kulit. Radiasi UV dianggap sebagai penyebab utama kanser kulit nonmelanoma (NMSC), termasuk basal cell carcinoma (BCC) dan squamous cell carcinoma (SCC)
Apa itu UV A dan UV B?
UVA
Sebagian besar dari kita terkena paparan sinar UVA dalam jumlah besar sepanjang hidup kita. Sinar UVA menyumbang hingga 95 % dari radiasi UV yang mencapai permukaan bumi. Walaupun mereka kurang kuat dibanding UVB, intensitas UVA adalah 30 sampai 50 kali lebih banyak. Serta mereka hadir dengan intensitas yang relatif sama pada semua siang hari sepanjang tahun, dan dapat menembus awan mahupun kaca.
UVB
Merupakan penyebab utama kulit memerah dan terbakar sinar matahari, cenderung merosakkan lapisan epidermis kulit yang lebih dangkal. Intensitasnya bervariasi mengikut musim, lokasi, dan waktu. Sinar UVB dapat membakar dan merosak kulit anda sepanjang tahun, terutama di dataran tinggi dan pada permukaan reflektif seperti salji atau ais. Sinar UVB tidak dapat menembus kaca.
Jadi lindungi diri anda dari radiasi UV, baik di dalam dan luar ruangan. Selalu mencari tempat teduh bila berada di luar rumah, terutama pada jam 10:00am-17:00pm. Dan kerana UVA menembus kaca, pertimbangkan untuk menambahkan UV pada kaca film anda. Kaca film ini mampu menghalang sampai 99% radiasi UV, serta menangkal sehingga 80% sinar tampak. Selain itu pakaian yang anda gunakan juga dapat membantu menghalang radiasi UV. Sebagai contoh: pakaian longgar memberikan lebih dari sebuah penghalang antara kulit anda dan matahari, pakaian yang dianyam rapat lebih memberikan perlindungan, dsb. Menggunakan topi bertepi lebar dan kacamata anti UV membantu melindungi kulit sensitif di kepala, leher, dan di sekitar mata yang biasanya memberi banyak kerosakan akibat sinar matahari.
Tak mungkin dihindari, tetapi ada cara untuk mengurangkan risiko sekaligus melindungi diri dari pancaran sinar UV ini.
Sun Protection Factor (SPF) dan Protection Grade of UVA (PA)
Umumnya, produk-produk 'sun block' atau 'uv ptotection' banyak dijual di pasaran dan sering dilabelkan mengandungi SPF dan PA. SPF atau Sun Protection Factor biasanya dilengkapi dengan angka 15, 30, dan sebagainya. Ini merupakan simbol atau tanda bahawa semakin tinggi angka SPF yang tercantum maka perlindungan terhadap sinar UV-nya juga semakin tinggi. Sedangkan, PA atau Protection Grade of UVA biasanya diiringi dengan simbol plus (+). Ertinya, semakin banyak simbol (+) tersebut maka semakin tinggi kadar perlindungan terhadap sinar UVA.
'Sun block' yang berlabel SPF 15 itu adalah kekuatannya hanya mencapai 2 jam dari saat pemakaian. Kalau kita sedang beraktiviti di luar, setelah 2 jam itu kesannya akan hilang. Oleh itu harus kita sapukan lagi. Untuk kulit orang Malaysia biasanya SPF 15-30 saja sudah cukup melindungi. Selain kekuatannya diukur melalui SPF, 'sun block' ini juga banyak jenisnya, ada yang tahan dan juga tidak tahan air.
Jangan ingat cuaca mendung bererti sinar matahari tidak berbahaya bagi kulit! Sebab, meskipun mendung, kulit kita tetap terdedah bahaya sinar UV A dan UV B. Maka tetap lakukan perlindungan terhadap kulit anda. Jangankan di saat cuaca mendung, bahkan di dalam bangunan sekalipun, bahaya sinar UV boleh mengancam kesihatan kulit kita. Jadi dalam cuaca apapun, tetap gunakan 'sun block' yang sesuai untuk jenis kulit.
Kalau kesan utama dari UV B adalah burn atau terbakar, kesan utama dari kulit yang terkena sinar UV A adalah tanned atau menggelap. Oleh sebab itu yang kita perlukan bukan sunblock dengan SPF tinggi. Yang kita perlukan adalah sunblock dengan SPF yang sesuai untuk kulit tropika serta perlindungan dari UV A. Pastikan sunblock memiliki indikator perlindungan dari UV A yaitu PA++.
0 comments:
Post a Comment