Wednesday, 8 April 2015

7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Suplemen

Mengapa tubuh memerlukan makanan tambahan atau vitamin supplement?

Adakah tidak cukup hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang?
Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini 
adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!

Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement 
atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi 
daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak 
mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan 
dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun 
perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran
 tersebut.
                                     
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. 
Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

                                    

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh 
mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, 
gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

                                    

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid 
makanan yang dicadangkan.


                                           

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah 
dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.
7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas 
mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

SUPPLEMENT/ MAKANAN TAMBAHAN BUKAN LAGI SATU PILIHAN. IA MERUPAKAN 
SATU ‘INSURAN’ KEPADA KESIHATAN SAYA, ANDA & KITA SEMUA!



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi