Thursday, 6 August 2015

Apa Itu BIOFLAVANOID?

Membahas soal gizi memang tak akan pernah berakhir. Masih banyak sumber gizi yang belum diketahui oleh orang ramai menjadi faktor kenapa perlu belajar lebih mendalam tentang beragam nutrisi yang ada dalam makanan yang diambil. 
Salah satu sumber nutrisi yang kebelakangan mulai ramai diperbincangkan adalah bioflavonoid. Zat yang bersumber dari tanaman ini termasuk ke dalam antioksidan, iaitu zat yang dapat membantu menjaga daya tahan tubuh dari serangan zat kimia mahupun mikroorganisme berbahaya.
Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain.

Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga meningkatkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan.

FUNGSI BIOFLAVANOID

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. mempunyai kesan antibakteria
3. menggalakkan peredaran darah
4. merangsang pengeluaran hempedu
5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. merawat dan mencegah katarak
7. bertindak sebagai antihistamin
8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. mengurangkan gejala herpes mulut

Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan.

Dan apa yang BEST nya tu, kesan antioksidan bioflavonoids yg sama macam ni juga berlaku pada manusia yg mengambilnya.

BAHAN MAKANAN YG MENGANDUNGI BIOFLAVANOID

Apa itu bioflavanoid

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kacang soya, tomato, brokoli, lada bengala, buncis, delima, limau nipis, lemon, anggur, epal, pir, strawberi dan lain-lain.

BAHAN YG MENGURANGKAN KADAR BIOFLAVANOID DALAM TUBUH

Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan ubat-ubatan penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone (agen anti radang dan anti alahan)

Siapa yg perlukan Bioflavanoids?

1. PEROKOK –asap rokok merosak bioflavanoids dan vit c dengan cepat. Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vit c utk melawan kerosakan sel dari asap rokok
~ perokok pasif juga memerlukan extra bioflavanoids dan vit c
2. Orang berumur
3. Penderita asma dan alergi
4. penderita kencing manis 
5. orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6. penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7. orang yang stress – dpt mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepat dengan mengambil bioflavanoids dan vit c.

2 comments:

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi