Monday, 10 August 2015

Masker Buah..Untuk Sentiasa Cantik

Buah-buahan selain menyihatkan untuk dimakan, juga dapat bermanfaat dengan cara lain. Kandungan nutrisi dan vitaminnya dapat membuatkan kulit cantik

Dengan buah-buahan yang ada, anda dapat membuat masker buah yang akan membuat wajah kelihatan cerah dan bersih. Selain alami, membuat masker buah sangat murah. Apa saja buah yang dapat digunakan dan apa khasiat yang dihasilkannya?

Jom cuba..

Strawberi


Sebagai buah yang kaya vitamin C, strawberi dengan kandungan asam salisilat, vitamin C, E dan K yang sangat baik untuk kulit. Khasiatnya dapat menganjalkan dan meremajakan kulit.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Hancurkan buah strawberi menggunakan sudu atau garpu.
  • Dapat juga ditambahkan dengan 1 sudu teh madu/yogurt plain.
  • Sapukan pada wajah.
  • Biarkan selama kurang lebih 20 minit.
  • Bersihkan dengan air suam atau air mawar. Gunakan kapas sebagai bantuan.

Avokado


Avocado dapat membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh, tetapi khasiatnya tidak kalah jika dijadikan masker wajah. Bermanfaat untuk melembabkan kulit, sehingga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit wajah kering.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Hancurkan isi buah avocado.
  • Sapukan pada wajah selama 30 minit.
  • Bilas dengan kapas dan air suam untuk membersihkan masker dari wajah.

Pisang


Buah berwarna kuning ini memiliki khasiat yang baik untuk wajah. Dengan menggunakannya, kulit wajah akan menjadi lembab dan kenyal. Sangat baik untuk meremajakan kulit.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Ambil pisang dan hancurkan buahnya.
  • Tambahkan minyak zaitun atau madu pada buah pisang yang telah dihancurkan.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi air suam.

Epal


Kandungan pada buah epal dapat membantu mengurangi minyak pada wajah.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Hancurkan buah epal dengan menggunakan blender tanpa menggunakan air.
  • Boleh juga ditambahkan dengan yogurt plain.
  • Sapukan secara merata pada wajah dan biarkan selama 30 minit.

Tomato


Warnanya yang merah dengan rasa sedikit asam dapat diaplikasikan pada wajah dan akan membuat kulit wajah lebih halus dan merona alami.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Potong buah tomato.
  • Gosokkan pada wajah.
  • Cara lain adalah dengan memerah buah tomato, ambil airnya untuk disapukan pada wajah.

Bengkoang/sengkuang


Buah berwarna putih ini dapat membantu membuat kulit wajah menjadi lebih putih.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Cuci dan kupas bengkoang/sengkuang.
  • Gunakan blender untuk menghancurkan bangkoang/sengkuang.
  • Campurkan dengan sedikit madu dan perahan air limau nipis.
  • Sapukan pada wajah selama kurang lebih 30 minit.

Timun


Selain khasiatnya yang dapat menyegarkan mata, timun juga berguna bagi kecantikan wajah. 
Khasiatnya bagi wajah adalah untuk menghaluskan wajah.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Kisar timun sehingga timun menjadi hancur.
  • Tambahkan susu tepung dan air sehingga adunan menjadi lebih kental. Atau anda boleh juga 
  • menambahkan susu cair tanpa gula (plain).
  • Sapukan pada wajah selama kurang lebih 30 minit.

Limau Nipis / Lemon


Limau nipis atau lemon menjadi salah satu cara untuk menghilangkan jerawat.
Cara membuat dan menggunakan:

  • Perah limau nipis untuk mendapatkan airnya.
  • Tambahkan madu pada perahan air limau nipis dengan perbandingan 1:1.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan selam 30 minit.
  • Cuci wajah dengan air suam.
  • Dapat digunakan setiap hari untuk menghilangkan jerawat.
Sebelum mengaplikasikan masker pada wajah, jangan lupa untuk mencuci atau membersihkan wajah terlebih dahulu. Anda dapat juga mengwapkan wajah atau membasuh wajah dengan air suam agar pori-pori wajah terbuka dan mampu meresap nutrisi dari masker. Setelah selesai dan sudah dibersihkan dengan air suam, basuh wajah dengan air sejuk untuk menutup pori-pori.

Membuat dan menggunakan masker buah merupakan cara agar kulit kelihatan cantik alami dengan cara murah. Lakukan secara teratur agar hasilnya maksima.

*semua pic, google dr blog lain
Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi