Wednesday, 19 August 2015

Khasiat Telur Puyuh

Oleh kerana baru lps makan telur puyuh, kita buat entry pasal telur puyuh la..hehe

Bila sebut saja telur puyuh..dah terbayang sambal telur puyuh atau kari telur puyuh. Memang la sedap. Sekali hadap mahunya 5-6 biji..mana cukup sebiji kan?

Anak kedua saya pon sekali hadap 6-7 biji. kalau tak tegur aganya abis sepiring dia sapu..hehe

Ini saya nak kongsikan tentang kebaikan telur puyuh bilamana ianya dah tertutup dek kandungan kolestrolnya yang tinggi..sebiji telur puyuh bersamaan dengan kandungan kolesterol untuk 2 biji telur ayam.


sumber pic : google

Telur puyuh tidak begitu terkenal daripada telur ayam atau telur itik. Apalagi banyak orang menganggapnya sebagai sumber kolesterol. Padahal, nilai gizinya baik untuk janin mahu pun orang dewasa dan tua usia.Puyuh adalah spesies atau subspesies dari genus coturnix. Burung puyuh pada awalnya termasuk burung yang hidup liar, dijinakkan di Jepun untuk tujuan peliharaan (pet) . Penjinakan burung puyuh liar tersebut juga dilakukan di Korea, Cina,dan Taiwan. Lama kelamaan species burung puyuh jinak ini tersebar keserata pelusuk dunia dan dikenali sebagai variasi khusus Coturnix coturnix japanica.Buat masa ini permintaan telur dan daging puyuh adalah amat tinggi kerana kelazatan dan kesedapan telur dan dagingnya. 



SUMBER PROTEIN

Telur puyuh merupakan sumber protein terbaik.100 gram telur puyuh mengandung 13,05 gram protein, yakni lebih dari dari telur ayam maupun telur itik. Salah satu keunggulan protein telur dibandingkan dengan protein haiwan lainnya adalah Badan lebih mudah menyerap protein dari telur berbanding dari sumber daging. Ini bermakna setiap gram protein yang masuk akan dicerna didalam tubuh secara sempurna.

NUTRISI OTAK

Selain protein, lemak, vitamin, dan mineral, telur puyuh juga kaya dgn kolin. Kolin penting untuk tubuh, terutama untuk perkembangan fungsi otak. Hal tersebut berkaitan dengan peranan kolin sebagai komponen asetikolin yang berfungsi sebagai pengantar signal saraf. Pengambilan kolin yang cukup akan membantu kerja saraf pada otak untuk berfungsi dengan baik, seterusnya menguatkan daya ingatan anak-anak dan menghindari nyanyuk dan pelupa pada orang dewasa dan tua.100 gram telur puyuh dan telur itik mengandung 263,4 mg kolin, lebih tinggi daripada kolin yang terdapat pada telur ayam.Namun keperluan kolin setiap orang berbeza. 

Ibu-ibu yang sedang hamil hingga menyusui perlu mengambil makananan sumber kolin dalam jumlah tinggi. Hal tersebut penting untuk perkembangan otak janin.Selain itu pengambilan kolin yang cukup semasa hamil juga dapat mengurangkan risiko kematian sel pada janin, mengurangkan kemungkinan bayi cacat dan keguguran.pengambilan kolin pada saat menyusukan anak membantu perkembangan otak bayi secara optimal. Penelitian yang dilakukan oleh Meck dan William (1999) menunjukkan bahawa untuk perkembangan janin yang optimal, pemberian makanan kaya kolin sebaiknya dilakukan pada umur kandungan 20-25 minggu hingga saat melahirkan. Penelitian yang dilakukan oleh Ladd dan kawan-kawan (1993) menunjukkan bahawa kolin tidak hanya baik dimakan mereka yang sedang dalam tahap pertumbuhan, tetapi juga oleh kaum lanjut usia.Mereka yang berada dalam usia muda belia juga wajib mengambil kolin untuk mempertahankan fungsi otak agar selalu cerdas.

Selain itu kolin juga dapat memperbaiki memori otak yang rosak akibat proses penuaan (nyanyuk).

MELINDUNGI MATA

Kuning telur mengandungi lutein dan Zeaksantin.Kedua kandungan itu merupakan pigmen berwarna kuning yang mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi. lutein berasal dari bahasa latin yang bemaksud kuning emas. Demikian juga kata zeaksantin yang berasal dari kata Zea yang merujuk pada gene jagung, dan xanthin yang juga berasal dari bahasa latin yang bermaksud kuning. 

Selain pada telur, lutein dan zeaksantin juga banyak terdapat pada sayuran hijau. Hasil Kajian yg ditulis dalam The Journal of Nutrition, Ogos 2004, menunjukkan bahawa lutein pada kuning telut lebih mudah diserap tubuh daripada lutein pada sayuran hijau seperti bayam. Meskipun belum ada penelitian yang menjelaskan secara komprehensif, kemungknan besar kerana kuning telur mengandung lemak, sehingga lutein lebih mudah larut dan diserap oleh tubuh.Lutein dan zeaksantin tidak mengandungi vitamin A, walaubagaimanapun keduanya sangat baik untuk mata. 

Secara amnya lutein dan zeaksantin terdapat pada retina mata. Pengambilan makanan yang kaya lutein dan zeaksantin akan meningkatkan kandungan lutein dan zeaksantin dalam retina mata. Didalam retina mata, lutein dan zeaksantin dapat membantu melindungi mata dari kerosakan akibat dari sinar ungu (ultraviolet) sebagai penyaring. Menurut Seorang saintis Dr. Richard A. Bone (1992), lutein dan zeaksantin berpotensi menyerap ultraviolet hingga 20-90%.

Kanak-kanak sangat mudah terdedah pada sinar ultraviolet pancaran sinar matahari, layar TV ataupun komputer. Ultraviolet sebenarnya adalah sinar yang memiliki panjang gelombang antara 400-500 nm pada spektrum sinar yang tidak dapat dilihat dengan mata. Pada usia yang masih kecik, lensa mata pada anak relatif jernih,menyebabkan amat sukar untuk mata kanak-kanak menapis sinar ultraviolet masuk ke retina. 

Jika hal tersebut berlanjuran, sinar tersebut boleh menyebabkan kerosakan dan menyebabkan luka pada retina mata anak ringkasnya, telur puyuh sangat disyorkan untuk kanak-kanak yang sedang dalam tahap pertumbuhan ataupun ibu-ibu sedang hamil dan menyusu. Orang tua juga dianjurkan untuk memakan telur puyuh, asalkan pengambilan makanan adalah mengikut kadar mempunyai kadar kolesterol tinggi atau menderita obesitas.


MENGANDUNG ZAT ANTI KANSER

Badan kita tidak dapat mengeluarkan lutein dan zeaksantin yang diperlukan tubuh dengan sendiri .maka pemakanan yang kaya dengan lutein dan zeaksantin amat diperlukan.Lutein dan zeaksantin diperlukan oleh semua peringkat usia, kecil, muda atau tua. Satu penyelidikan membuktikan bahawa pengambilan minimum 30 mg lutein setiap hari dapat melambatkan proses penuaan hingga 40%. lantas membuatkan anda awet muda, terutama yang berhubungan dengan kesihatan mata. Beberapa penyelidikan menunjukkan, lutein dan zeaksantin juga baik untuk merendahkan risiko penyakit tumor dan kanser. 

Menurut penyelidikan oleh Judy D. Ribaya-Mercado, ScD dan Jeffrey B. Blumberg, PHD, FACN, pengambilan lutein dan zeaksantin juga dapat berfungsi sebagai antioksidan, menghalang pembentukan katarak pada mata, menurunkan risiko kanser payudara dan paru paru, serta menghalang stroke dan sakit jantung. Penelitian yang dilakukan oleh Nishino H dan kawan-kawan juga membuktikan tikus makmal yg diberikan permakanan tinggi zeaksantin mempunyai kadar rintangan tumor 4 kali ganda dari tikus yg tidak diberikan permakanan zeaksantin.



Dilihat dari nilai gizinya, telur puyuh tidak kalah dari telur ayam ataupun telur itik. Kandungan zat gizi telur puyuh dibandingkan dengan telur ayam dan telur itik per 100 gramnya dapat dilihat pada jadual di bawah.
Kandungan gizi per 100 gram telur puyuh, telur ayam, dan telur itik.
Zat gizi
Telur puyuh
Telur ayam
Telur itik
Energi (kkal)
 158
 143
 185
Protein (g)
 13,05
 12,58
 12,81
Total lemak (g)
 11,09
 9,94
 13,77
Karbohidrat (g)
 0,41
 0,77
 1,45
Kalsium/Ca (mg)
 64
 53
 64
Bes/Fe (mg)
 3,65
 1,83
 3,85
Magnesium/Mg (mg)
 13
 12
 17
Fosfor/P (mg)
 226
 191
 220
Kalium/K (mg)
 132
 134
 222
Natrium/Na (mg)
 141
 140
 146
Seng/Zn (mg)
 1,47
 1,11
 1,41
Tembaga/Cu (mg)
 0,062
 0,102
 0,062
Mangan/Mn (mg)
 0,038
 0,038
 0,038
Selenium/Se (mkg)
 32,0
 31,7
 36,4
Thiamin (mg)
 0,069
 0,069
 0,156
Riboflavin (mg)
 0,478
 0,478
 0,404
Niasin (mg)
 0,070
 0,070
 0,200
Asid Panthothenat (mg)
 1,438
 1,438
 1,862
Vitamin B6 (mg)
 0,143
 0,143
 0,250
Kolin (mg)
 263,4
 251,1
 263,4
Vitamin B12 (mkg)
 1,58
 1,29
 5,40
Vitamin A (IU)
 543
 487
 674
Vitamin E (mg)
 1,08
 0,97
 1,34
Vitamin K (mkg)
 0,3
 0,3
 0,4
Kolesterol (mg)
 844
 423
 884
Lutein+zeaksantin (mkg)
 369
 331
 459
Sumber: USDA (2007)

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi